Thursday 20 June 2013

Tutup semua sekolah jika jerebu semakin serius

GEORGE TOWN - Semua sekolah di Johor dan Melaka akan ditutup buat sementara waktu sekiranya keadaan jerebu semakin serius berikutan tahap IPU kini mencapai 200 unit.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, setakat petang tadi sebanyak 11 buah pusat operasi telahpun dibuka di kedua-dua negeri.
Menurut beliau, ini ekoran keadaan yang semakin kritikal sehingga jumlah bacaannya naik secara mendadak.
"Kalau keadaan bertambah serius kita nasihat supaya semua sekolah di dua negeri itu ditutup," jelasnya pada sidang akhbar selepas lawatan ke Hospital Balik Pulau (HBP) di sini tadi.

No comments:

Post a Comment