Tuesday 25 June 2013

Ramai pelajar tak hargai sejarah negara



Kuala Lumpur: Ramai pelajar kurang berpengetahuan mengenai sejarah negara walaupun berupaya memperoleh gred A dalam peperiksaan, kata sejarawan negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Tokoh akademik terkenal itu berkata, ramai daripada mereka bukan saja tidak dapat menghargai sejarah tetapi gagal mempelajari sejarah negara yang sebenarnya begitu menarik.
“(Sebagai contoh) Saya tanya siapakah Tun Tan Cheng Lock, mereka hanya tersenyum dan tidak tahu jawapannya. Malah, sesetengah daripada mereka tidak tahu sejarah sekolah sendiri pun. Ini amat menyedihkan. 


Belajar menghafal
“Jika anda tahu sejarah, anda akan terkejut dengan bagaimana negara ini boleh terbentuk,” katanya pada pembentangan di Persidangan Pendidikan Negara Kedua, di sini, semalam.

Kay Kim juga kesal kerana sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan sekarang menukar kaedah pembelajaran, menyebabkan ramai yang belajar dengan cara menghafal, bukan menerusi pemahaman.

“Ramai pelajar sekolah sekadar menghafal esei kerana mereka boleh agak topik apa yang akan keluar dalam peperiksaan,” katanya. - 

Credit: BERNAMA

No comments:

Post a Comment