Wednesday 19 June 2013

Tiada pertempuran denggan pengganas Kiram - Esscom

KOTA KINABALU 19 Jun - Kerajaan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan akhbar tempatan Filipina bahawa berlaku pertempuran antara pasukan keselamatan negara dan kira-kira 400 anggota kumpulan pengganas Kiram di Kampung Dangan, Lahad Datu dekat sini semalam.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohamad Mentek menegaskan bahawa laporan berniat jahat itu sengaja dibuat untuk memburukkan nama dan imej negara.

"Secara logiknya, bagaimana hendak berlaku pertempuran sekiranya tentera pengganas itu tidak berjaya masuk ke negeri ini apabila kawalan di perairan negara dikawal dengan ketat oleh pihak keselamatan negara.

"Sehubungan itu, saya menafikan laporan tersebut dan dakwaan yang dilaporkan oleh akhbar tempatan 
Filipina yang memetik jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idijirani, ia adalah tidak benar sama sekali," katanya dalam sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini hari ini.

Semalam, akhbar Philipine Star melaporkan bahawa berlaku berbalas tembakan antara 400 anggota kumpulan pengganas dan pasukan keselamatan negara.

No comments:

Post a Comment