Google+ Followers

Thursday, 20 June 2013

Terap pengajaran Al-Quran untuk bina jati diri - Kementerian Kesihatan

KEPALA BATAS: Warga kerja Kementerian Kesihatan yang beragama Islam diseru menjadikan al-Quran sebagai rujukan dalam membina jati diri yang dapat membantu mereka menjadi pekerja cemerlang.
Ketua Setiausaha kementerian Datuk Farida Mohd Ali berkata al-Quran adalah panduan hidup yang sempurna, menyeimbangkan pembangunan dunia dan akhirat.
"Al-Quran penghapus kepada budaya yang menghancurkan dan merosakkan perpaduan serta pembangunan sedia ada," katanya berucap merasmikan majlis tilawah al-Quran Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, di sini hari ini.

Bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah', sebanyak lapan peserta akan memperdengarkan bacaan pada pertandingan akhir itu. Mereka merupakan antara 36 qari dan qariah yang menyertai tilawah kali ini.


Farida juga berkata umat Islam yang berpegang kepada al-Quran akan dapat mempertahankan akidahnya daripada terpesong, selain sentiasa mengingati umat Islam itu bersaudara. - BERNAMA