Wednesday 26 June 2013

Saintis kesan 3 planet boleh dihuni

London: Sekumpulan saintis antarabangsa, berjaya mengesan tiga planet yang berpotensi mempunyai kehidupan, berhampiran bintang dikenali Gliese 667c, kerana dipercayai mengandungi air.

Bintang Gliese 667c, berada pada jarak 22 tahun cahaya dari Bumi, diorbit antara enam hingga tujuh planet. Tiga daripada planet berkenaan dipercayai boleh dihuni.


Ketua pengkaji, Mikko Tuomi dari Universiti Hertfordshire, berkata suhu di sekitara bintang berkenaan adalah di dalam lingkungan yang membolehkan air wujud, elemen penting dalam kehidupan manusia. 


Super-earth


Gliese 667c adalah sebahagian daripada sistem planet itu dan jika kita berada di sana, kita boleh melihat tiga matahari, katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga planet berkenaan dikenali sebagai super-earth yang lebih kecil daripada Neptune tetapi lebih besar daripada Bumi.

Wilayah orbit membolehkan ketiga-tiganya berpotensi mempunyai kehidupan, katanya. 
Tuomi berkata dengan penelitian terbaru dan tinjauan semula ke atas data sedia ada, pihaknya dapat mengesahkan kewujudan ketiga-tiga planet berkenaan dan yakin akan menemui beberapa lagi yang lain.
AGENSI

No comments:

Post a Comment