Friday 28 September 2012

Definisi mukjizat, karamah, ma'unah, istidraj, sihir




Definisi mukjizat, karamah, ma'unah, istidraj, sihir.


Assalamualaikum Sdr Baharuddin Zainudin,

Berikut merupakan lanjutan perbincangan kita pagi tadi tentang beberapa definisi terkait.

Mukjizat
Mukjizat ertinya sesuatu yang luar biasa bertentangan dengan adat,atau keluar dari batas –  batas faktor yang di ketahui.Manusia awam tidak memilikinya. Di kurniakan kepada nabi danrasul untuk meyakin kan agama yang di bawa bukan ciptaan sendiri tetapi agama ciptaan Allah.Mukjizat juga menjelaskan bahawa Al Quran adalah haq ( Kebenaran ).

Keramat
Keramat ialah sesuatu yang di luar tabi'i yang diberikan kepada seseorang hamba yang soleh ( istilah usuluddin dan falsafah, K.L. DBP.h211).  Keramat iaitu anugerah dari Allah SWT. Ia tidak boleh dikuasai seseorang. 

 Keramat itu ialah kemuliaan Tuhan dalam, menjaga hambanya tetap terjaga.  Yang berlainan antara mukjizat dan keramat ialah mukjizat dikhususkan kepada rasul dan nabi sedangkan keramat adalah dianugerahkan kepada umum orang mukmin soleh.

Keramat banyak berlaku kepada para ulama’ dan orang-orang soleh sejak dahulu hingga kini. Penyelewengan dalam hal keramat ini di Alam Melayu bila kita melihat dari sudu pemujaan terhadap sesuatu.  Umpamanya pemujaan terhadap kubur-kubur yang dianggap wali keramat, perigi yang selalu digunakan oleh orang-orang soleh, keris atau senjata tertentu.


Maunah
Maunah perkara yang luar biasa yang dikurniakan Allah SWT kepada manusia dan merupakan pertolongan kepada orang tertentu (DBP h.246).  orang yang selalu taat kepada Allah SWT akan tehindar daripada bahaya orang yang ingin mengkhianatinya.  Pertolongan Allah SWT itu dikenali dengan Ma’unah tak ubah seperti keramat, Cuma seseorang itu tidak menduga akan mendapat pertolongan Allah SWT dan tidak merasa mempunyai keanehan yang akan terjadi.


Sihir 
Sihir adalah istilah yang merujuk kepada amalan jahat manusia yang dibantu atau disokong oleh jin-jin yang terdiri daripada iblis dan syaitan, yang dilakukan secara tersembunyi dan rahsia, tidak mudah diketahui umum, yang boleh melahirkan berlaku berulang kali.  
Sihir boleh dipelajari dengan menuntut.  Natijah daripadanya tidak boleh dibuktikan dengan akal, tentang bagaimana hal demikian boleh berlaku, atau dibuktikan melalui peralatan moden, kecuali natijah yang member bekas pada jasad. Ayat al-Quran ada menyebutkan hal ini dlam surah al-BAQARAH AYAT 102.


Istidraj
Istidraj Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

No comments:

Post a Comment