Antara wajah-wajah mereka
Anngota tentera wanita mereka
Selesaikan kekeliruan isu tuntutan Sabah
PENCEROBOHAN kira-kira 150 individu didakwa lengkap bersenjata menggelar diri mereka Tentera Diraja Sulu di daerah Lahad Datu minggu lalu menyebabkan isu tuntutan wilayah timur Sabah mendapat perhatian seluruh dunia.
Malah isu ini semakin rumit apabila Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, mengarahkan kumpulan itu terus berada di Sabah kerana menganggap wilayah itu milik mereka dan pernah berada di bawah Kesultanan Sulu, 500 tahun lalu.
Ditanya media di Manila, Filipina, Sultan Jamalul berkata, mereka tidak akan keluar dari Sabah kerana Kerajaan Malaysia membayar sewa wilayah itu, tanda ia milik Kesultanan Sulu, sambil bertegas: “Tiada patah balik untuk kami dalam isu ini.”
Yang menjadi persoalan kepada drama pencerobohan ini ialah, apakah motif sebenar Tentera Diraja Sulu memasuki Sabah selain daripada tuntutan wilayah? Adakah mereka hanya mendarat dan berkampung di kawasan Felda Sahabat 17 dan Kampung Tandao semata-mata mahu dikepung pasukan keselamatan negara?
Sudah pasti kumpulan ini mempunyai motif lebih jauh, namun pihak keselamatan kedua-dua negara tidak mendedahkannya atas faktor keselamatan.
Lebih menarik, laporan media Reuters bertarikh 14 Februari lalu menyebut, pegawai tertinggi tentera Filipina mendedahkan kumpulan ini datang ke Sabah atas jemputan pihak tertentu di Malaysia bagi membincangkan isu tanah.
Selain itu, laporan media kedua-dua negara juga dilihat bercanggah apabila media Filipina melaporkan kumpulan ini tidak bersenjata, dan datang dalam jumlah ramai kerana dijanjikan tanah. Tidak cukup dengan itu, motif pendaratan mereka terus menjadi misteri apabila ketua kumpulan tersebut, Raja Muda Sulu, Raja Agbimuddin Kiram, berkeras mahu berjumpa dengan seorang ‘personaliti’.
Melalui sumber dalaman yang berada di lokasi, pihak keselamatan mahu menyelesaikan isu ini dengan baik, namun jika kumpulan itu terus berdegil, beberapa tindakan dilakukan bagi memaksa mereka keluar dari ‘kubu’ mereka.
“Kami akan mengepung kawasan itu dan menghalang sebarang bantuan makanan tiba, kami harap tindakan itu memaksa mereka keluar dan kembali ke selatan Filipina,” katanya.
Sumber juga mendedahkan puluhan pegawai kesihatan seluruh Sabah mula digerakkan ke Lahad Datu dan hospital di negeri itu mula mengumpul darah secara agresif. Pergerakan luar biasa ini kemungkinan ada kaitan operasi yang bakal dijalankan di zon konflik.
Pencerobohan ini dilihat isu serius kerana melibatkan kedaulatan negara, walaupun kumpulan ini berada di kawasan terpencil, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu.
Jadi, apakah tindakan terbaik boleh dilakukan Kerajaan Malaysia dan Filipina? Adakah menunggu kumpulan ini kehabisan makanan dan pulang sebagai cara terbaik? Jika ya, maka rombongan Sultan Sulu boleh datang semula ‘bersiar-siar’ di Sabah, bila-bila masa.
Maka, kedua-dua negara harus jadikan ini iktibar menyelesaikan isu tuntutan Sabah untuk selama-lamanya. Kerajaan perlu pastikan kedaulatan Sabah kekal dan penduduknya benar-benar berasa sudah merdeka.
Anggota PASKAL TLDM kita...
PDRM
Komando Malaysia
No comments:
Post a Comment