Wednesday, 27 February 2013

METEOR DARI APOLLO


Meteorit dari batu asteroid Apollo


MOSCOW 27 Feb. - Kajian sekumpulan ahli astronomi Colombia mendapati, batu meteorit yang menghujani tengah Rusia pada pertengahan bulan ini dipercayai berasal dari lilitan batu asteroid Apollo yang terletak antara planet Marikh dan Jupiter.

Ahli astronomi dari Universiti Antioquia di Medellin, Jorge Zuluaga dan Ignacio Ferrin berkata, data serpihan asteroid Apollo itu diperoleh hasil kajian terhadap rakaman video amatur yang dikumpulkan daripada Internet.

Menurut mereka, berpuluh-puluh rakaman video yang diambil daripada kamera telefon dan kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik dalam talian telah membantu pasukannya mengenal pasti asal batu meteorit berkenaan.

"Berdasarkan rakaman kamera di Dataran Revolusi di bandar Chelyabinsk dan beberapa rakaman lain di bandar Korkino, kami mengklasifikasikan meteorit itu berasal dari asteroid Apollo.

"Kajian kami dilakukan berdasarkan kiraan ketinggian, kelajuan dan kedudukan batu berkenaan sebaik-baik sahaja ia jatuh ke Bumi terutamanya serpihan asteroid yang jatuh di Tasik Chebarkul," jelas mereka.

Menurut Zuluaga, batu meteorit itu dianggarkan bergerak dengan kelajuan antara 13 kilometer sejam dan 19 kilometer sejam di angkasa.

"Kelajuan batu tersebut bertambah apabila memasuki ruang atmosfera Bumi dengan kelajuan antara 32 kilometer sejam dan 47 kilometer sejam," jelasnya.

Dianggarkan kira-kira 9,700 batu asteroid berada berdekatan Bumi, dengan 5,200 daripada jumlah itu merupakan asteroid Apollo.

Asteroid Appolo tergolong dalam kelas batu asteroid yang melintasi orbit Bumi.
Lintasan batu asteroid Apollo di orbit Bumi pertama kali ditemui oleh Max Holf yang melakukan pemerhatian di Heidelberg, Jerman pada 1918. - AGENSI

No comments:

Post a Comment