Sunday, 17 February 2013

Rundingan tamat, penceroboh Sabah sedia diusir



Rundingan tamat, penceroboh Sabah diusir
Anggota polis melakukan sekatan jalan menuju ke Lahad Datu kira-kira 200 kilometer dari Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU - Polis kini sedang dalam proses mengusir pulang ke negara asal kumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu, sejak Selasa lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, polis sudah menamatkan rundingan dengan kumpulan itu dan kini memberi tumpuan untuk mengusir mereka pulang ke negara asal mereka.

“Kita sudah beritahu mereka bahawa kita tidak boleh melayan apa-apa tuntutan mereka kerana ini bukan platform yang betul untuk menyuarakan apa-apa yang mereka mahu.

“Jadi, sekarang kita hanya boleh melaksanakan proses untuk menghantar mereka balik supaya mereka boleh mencari saluran yang sesuai untuk menyuarakan tuntutan mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan Ops Selamat sempena sambutan Tahun Baru Cina di Jesseltion Point, di sini, semalam.

Tinjauan operasi itu turut disertai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid.

Ketika ditanya bila kumpulan tersebut akan dihantar pulang, Hamza berkata secepat mungkin.

Sebelum ini, kumpulan penceroboh menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu di Sabah dihantar pulang ke negara asal. 
Credit: Bernama/Sinar

No comments:

Post a Comment