MADRID - Lima anak kapal Thomson Cruises terbunuh manakala tiga yang lain cedera di Kepulauan Canary ekoran kesilapan semasa latihan keselamatan, semalam.
Kejadian itu berlaku sebelum tengah hari semalam ketika kapal Thomson Majest berlabuh di La Palma, antara Kepulauan Canary paling kecil di Sepanyol.
Memetik pihak berkuasa Pengawal Sivil, media tempatan berkata, insiden itu berlaku apabila sebuah bot penyelamat yang membawa mangsa terjatuh dari kapal pelayaran semasa latihan keselamatan.
“Kami bekerja rapat dengan pemilik kapal dan pengurus, Louis Cruises, untuk menentukan apa yang telah berlaku dan memberi bantuan kepada mangsa kejadian.
"Kami juga bekerja rapat dengan semua pihak berkuasa dan akan beri kerjasama sepenuhnya dalam siasatan mereka, " katanya dipetik CNN.

Menurut polis, kemalangan disebabkan wayar kabel bot keselamatan terputus dan pengangkutan itu terjunam 20 meter ke dasar laut sebelum terbalik.
Kapal Thomos Majesty milik Louis Cruises didaftarkan di Malta, berlabuh di Pelabuhan Pulau La Palma, Santa Cruz sebelum meneruskan pelayaran ke Mediterranean dan Lautan Hindi.
"Kapal pelayaran berusia lebih 20 tahun ini membawa 1,498 penumpang dan kesemuanya selamat," katanya.
Tiga daripada lima yang maut adalah warga Indonesia dan selebihnya dari Filipina dan Ghana.
Setiausaha kesatuan perkapalan RMT Britain, menggesa penubuhan satu jawatankuasa keselamatan kapal.

Credit: Reuters
No comments:
Post a Comment