Monday, 11 February 2013

Bergelut dengan harimau kumbang


Lelaki bergelut dengan harimau
Nuradi (kanan) menunjukkan kecederaan dialami Alip selepas diserang harimau kumbang, kelmarin.
GUA MUSANG – Seorang buruh ladang nyaris maut diserang seekor harimau kumbang ketika menjalankan kerja meracun rumput dalam kawasan ladang sawit di Tanah Rancangan Felda Perasu, dekat sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, Alip Abil, 33, cedera di badan, lengan, tangan , kepala dan punggung akibat dicakar harimau sebesar kambing dengan ketinggian kira-kira 1.3 meter dan terpaksa menerima 50 jahitan semasa mendapat rawatan di Hospital Gua Musang (HGM).

Mangsa bersama enam rakan sedang meracun rumput di ladang sawit sebelum dengar harimau mengaum.

Alip, seorang warga Indonesia berkata, dia terkejut diterkam harimau itu hingga terpaksa bergelut selama 15 minit sebelum mendapat bantuan seorang rakanya, Nuradi Marsudi, 26, selepas terdengar jeritan kuat meminta tolong.

“Saya tidak tahan dengan kekuatan harimau itu yang menyerang dan mencakar punggung, dada, lengan kanan dan kepala dalam keadaan berlumuran darah sebelum saya menjerit meminta tolong.





“Nuradi bergegas ke arah saya dan terus mencari kayu tajam menjolok kayu berkenaan ke dalam mulut harimau kerana ketika itu harimau terbabit cuba menggigit tengkuk saya, walaupun dia ditindih dengan kuat dalam keadaan tertiarap,” katanya ketika ditemui di rumah kongsi di tanah rancangan itu selepas menerima rawatan di HGM.

Alip berkata, tong racun yang berada di belakangnya menjadi penyelamat ketika dia diterkam.

Katanya, sebaik bergelut, dia cuba menahan kuku harimau itu yang mencakar badannya, tetapi tidak sempat kerana ia berlaku terlalu pantas menyebabkan dia terus terjatuh.

“Nasib baik Nuradi cepat bertindak kerana semasa itu, saya hampir habis tenaga untuk mempertahankan diri dan terasa sakit amat sangat di lengan kanan,” katanya. Nuradi pula berkata, sebaik dia menjolok kayu tajam ke dalam mulut harimau itu bagi menyelamatkan Alip, haiwan berkenaan bangun dan cuba menyerangnya pula, tetapi sempat mempertahankan diri dengan kayu itu.
Credit: Alaudin Ma

No comments:

Post a Comment