Tuesday 29 January 2013

Pencapaian Gred STAM 2012 meningkat

Pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2012 meningkat sebanyak 0.08, iaitu 3.08 berbanding 3.16 pada 2011. Bagaimanapun, calon yang mendapat gred Mumtaz (Cemerlang) untuk semua 10 mata pelajaran diduduki berkurangan seramai 11 calon , iaitu 52 pelajar pada 2011 kepada 41 calon pada tahun ini.

Keputusan STAM dikeluarkan serentak di sekolah seluruh negara mulai jam 10 pagi ini dan calon boleh mendapatkan keputusan ringkas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). 


Seramai 3,925 calon atau 67.4 peratus calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) memperoleh sijil sekurang-kurangnya peringkat Maqbul (lulus) bagi tahun 2012.

Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr Na'imah Ishak berkata semua calon membabitkan peringkat Mumtaz (cemerlang) iaitu seramai 385 calon, Jayyid Jiddan (sangat baik) seramau 1,263 calon, Jayyid (baik) seramai 1,868 calon, manakala selebihnya calon mendapat peringkat Maqbul. 
Menurutnya, bagi calon yang mendapat peringkat Rasib (gagal) ialah seramai 1,893 calon menurun 3.9 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu 1,963 calon.



No comments:

Post a Comment