Google+ Followers

Thursday, 24 January 2013

Keputusan STAM diumum rabu ini


PUTRAJAYA — Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2012 akan diumumkan pada 30 Januari.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing mulai 10 pagi hari yang sama.
Bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau menghubungi Jabatan Pelajaran negeri tempat mereka mendaftar. Seramai 8,822 calon menduduki STAM pada tahun lepas di 116 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Mereka adalah 3,999 calon dari Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 2,697 calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 681 calon Sekolah Agama Rakyat, 1,359 calon persendirian dan 49 calon sekolah menengah swasta.
Calon juga boleh menyemak keputusan melalui mySMS 15888 dengan menaip STAM (1/8)angka giliran(3/8) dan hantar ke 15888 mulai 10 pagi, 30 Januari sehingga 11.59 malam, 5 Februari.
Credit: BERNAMA