Thursday, 24 January 2013

GURU LANGGAR MAUT GURU


Guru jatuh motosikal maut digilis kereta guru


Azhar Jamboree AbdullahAzhar Jamboree Abdullah
Jasin: Seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Francis, Banda Hilir maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 24.5 Jalan Melaka-Muar, Merlimau di sini, petang kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, Azhar Jamboree Abdullah, 37, menunggang motosikal Naza Blade dari pekan Merlimau menghala ke Muar, Johor dipercayai hilang kawalan ketika membelok ke kiri persimpangan jalan. 
Mangsa kemudian terjatuh sebelum dipercayai digilis sebuah kereta jenis Kia Spektra dipandu seorang guru wanita berusia lingkungan 30-an yang baru pulang mengajar di sebuah sekolah berdekatan. 


Parah di kepala 

Azhar mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat. 

Isteri mangsa, Rafeah Alias, 39, berkata Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap sejak kebelakangan ini. 

“Pagi semalam (kelmarin), dia sempat minum Milo kegemarannya sebelum keluar dari rumah di Taman Merlimau Utama untuk pergi mengajar,” katanya di sini. 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hisamuddin Hashim yang dihubungi berkata, pihaknya masih menyiasat.

No comments:

Post a Comment