Saturday 19 January 2013

Anjing liar larikan beg duit RM22,368



BIHAR- Seorang ahli perniagaan membuat aduan polis selepas seekor anjing liar melarikan begnya yang mengandungi  wang tunai AS$7,424 (RM22,368).

Nakched Mian berkata, begnya itu diletakkan di atas katil semasa dia keluar untuk membasuh tangan.

Ia dilarikan selepas anjing itu memasuki biliknya dan membawa lari begnya yang mengandungi wang tunai.

Sejurus membuat laporan, pihak polis memburu anjing tersebut dan menjumpai sejumlah AS$2,597 (RM7,832).

“Apabila saya keluar bilik untuk mencuci muka di pam air, saya melihat anjing itu meggigit beg saya yang berisi wang dengan mulutnya. Saya cuba kejar tetapi anjing itu terus hilang,” kata Mian dalam aduannya.

Katanya lagi, wang tersebut dihantar oleh anaknya dari Teluk untuk membeli tanah. Baki wang masih hilang.

Anjing liar merupakan pemandangan biasa yang dapat dilihat di India.

Orang ramai kini turut sama membantu bagi mencari wang lelaki itu.

No comments:

Post a Comment