Monday 21 January 2013

ANWAR IBRAHIM MENANG LAGI...


Anwar menang saman fitnah atas 'Utusan Malaysia'

KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memenangi saman fitnahnya ke atas Utusan Malaysia, semalam, selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa akhbar milik Umno itu telah "memutarbelitkan" kata-kata pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu dengan menunjukkan bahawa beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, dwiseksual dan pondan (LGBT).
Laporan laman berita The Malaysian Insider (TMI) semalam memetik Hakim Datuk VT Singham sebagai berkata a akhbar itu tidak mengamalkan etika kewartawanan yang bertanggungjawab, selain tidak mengendahkan peluang keemasan bagi membetulkan tulisannya selepas Datuk Seri Anwar mengirimkan notis guaman yang memintanya memberi penjelasan.
"Artikel-artikel itu... diputarbelitkan, mengutarakan versi tidak betul terhadap peristiwa yang berlaku... dan telah melihatnya di luar konteksnya," kata Datuk Singham, semasa memberikan keputusannya.
"Pihak mahkamah berpuas hati bahawa kata-kata (dalam artikel-artikel itu) membawa fitnah kepada pihak plaintif," tambahnya,
Hakim itu juga berkata, adalah "amat jelas" bahawa Datuk Seri Anwar tidak mengatakan bahawa kegiatan LGBT harus disahkan dalam wawancaranya dengan stesen penyiaran BBC, dan artikel-artikel Utusan Malaysia memberi gambaran bahawa Datuk Seri Anwar tidak layak memegang jawatan awam dan menjadi pemimpin pembangkang.
Datuk Seri Anwar telah memfailkan saman fitnah dan meminta bayaran ganti rugi RM50 juta ($20.3 juta) serta satu injunksi bagi menghentikan Utusan Malaysia dan ketua editornya, pada Januari tahun lalu, daripada mengulangi kenyataan-kenyataan yang menuduh beliau menjadi penyokong hak asasi gay.
Di satu sesi perbicaraan pada 18 Julai lalu, Datuk Seri Anwar memberitahu mahkamah bahawa telah menjadi "pengetahuan awam" bahawa Utusan Malaysia dimiliki Umno dan bahawa ia mengambil arahan daripada presiden parti itu.

No comments:

Post a Comment