Saturday 26 January 2013

Wanita boleh pertahan diri

Beberapa panduan elak jadi mangsa jenayah 

SOAL jenayah dan kekerasan terhadap wanita boleh dikatakan isu lapuk namun, tidak pernah selesai. Di sana sini ada saja kedengaran kes jenayah seperti merompak, mencabul dan mendera kaum hawa yang disifatkan lemah. 


Biarpun, baru-baru ini ada berita melaporkan jumlah kes jenayah menurun kepada 153,309 pada tahun 2012 daripada 157,629 pada tahun 2011, kesedaran masyarakat terhadap isu jenayah wanita masih di tahap rendah. 


Program bual bicara santai Primadona cuba mengupas kesedaran masyarakat terhadap isu keganasan jenayah yang sering kali berlaku terhadap mangsa lemah iaitu wanita dan kanak-kanak. 

Malah, segmen yang semakin hangat mendapat perhatian penonton ini turut membincangkan punca berlakunya jenayah, kenapa wanita acap kali menjadi sasaran penjenayah dan tips keselamatan diri. 

Jemputan iaitu pelakon, Rosyam Nor dan Nabila Huda turut berkongsi cara mereka sebagai ibu bapa dalam memainkan peranan memantau dan bertanggungjawab terhadap keselamatan anak mereka. 

Segmen kali ini diakhiri dengan demo mencegah diri daripada menjadi mangsa jenayah oleh Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim 


Panduan Elakkan Daripada Mangsa Ragut 

* Merancang perjalanan dan elakkan diri daripada melalui kawasan sunyi atau gelap 

* Berwaspada dan berhati-hati apabila diekori atau dihampiri orang yang tidak dikenali dan mencurigakan 

* Elakkan dari memakai barang kemas atau membawa wang tunai yang banyak 

* Elakkan daripada membawa beg tangan dengan cara yang memudahkan ia diragut 

* Membawa bersama peralatan perlindungan diri seperti ‘pepper spray’ atau payung 

Lima panduan Keselamatan Ketika di Tempat Awam 

* Sentiasa berwaspada dan memerhati keadaan sekeliling 

* Elakkan daripada menaiki lif dengan orang yang mencurigakan 

* Elakkan daripada terlalu mendedahkan di mana lokasi anda berada di laman sosial 

* Sentiasa memastikan wang tunai dan barangan berharga tidak terdedah dan disimpan dengan selamat 

* Elakkan berjalan seorang diri terutama di kawasan yang sunyi dan jauh daripada pandangan orang ramai 

Panduan Mengelak Daripada Sasaran Penjenayah 

* Elakkan berpakaian terlalu seksi dan terdedah sehingga menarik perhatian 

* Sentiasa memerhati keadaan persekitaran sebelum keluar masuk kenderaan atau rumah 

* Jangan tinggalkan barangan berharga seperti telefon bimbit, beg tangan atau komputer riba di dalam kenderaan secara terdedah 

* Apabila memasuki kenderaan, pastikan anda mengunci kenderaan dan terus beredar 

* Elakkan berada di tempat awam yang sunyi secara berseorangan 

Panduan Keselamatan Pencegahan Jenayah Ragut atau Samun 

* Gunakan jalan yang sering dilalui oleh orang ramai 

* Elakkan daripada keluar pada waktu malam seorang diri 

* Sentiasa memastikan keadaan sekeliling selamat walau di mana berada 

* Elakkan daripada memakai barangan kemas secara berlebihan dan boleh menarik perhatian orang ramai 

* Sentiasa pastikan membawa peralatan seperti “pepper spray”, payung atau pewangi badan untuk dijadikan alat pertahankan diri sekiranya anda diserang penjenayah 

Panduan Mengelak Daripada Sasaran Perogol atau Penjenayah 

* Sentiasa berpakaian lengkap dan elakkan daripada berpakaian seksi 

* Jangan berjalan seorang diri di tempat sunyi dan jauh daripada pandangan orang ramai 

* Elakkan daripada menaiki lif yang sama dengan orang yang mencurigakan 
* Sentiasa peka dan perhatikan keadaan sekeliling 

* Sekiranya rasa diri diekori orang tidak dikenali dan mencurigakan, terus laporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa


Credit: Nadia Hamid

No comments:

Post a Comment