Monday, 21 January 2013

REMAJA AMERIKA TEMBAK MATI LIMA ORANG


Remaja dituduh tembak mati lima orang termasuk 3 budak.


ALBUQUERQUE (New Mexico): Seorang remaja berusia 15 tahun telah diberkas dan dituduh membunuh lima orang, termasuk tiga kanak-kanak, dengan senapang stail tentera di wilayah barat daya Amerika Syarikat, New Mexico, kata polis kelmarin.
Polis berkata mereka menemui mayat seorang lelaki dewasa, seorang wanita, dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki ketika tiba di sebuah rumah di sini lewat Sabtu lalu.
Ketiga-tiga kanak-kanak itu mati akibat beberapa kesan luka tembakan.
Killing: Five people were shot to death at the home in Albuquerque, New Mexico, in the Saturday night shooting
Aaron Williamson, jurucakap Pejabat Sherif Bernalillo County, berkata beberapa senjata api ditemui di tempat kejadian, termasuk senapang seperti yang digunakan pihak tentera, yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu.
Kenyataan polis berkata seorang remaja kini ditahan dan dikenakan dua tuduhan membunuh dan tiga tuduhan penganiayaan kanak-kanak sehingga membawa maut.
Location: The bodies were found at a home on Long Lane Southwest in South Valley, New Mexico
Pihak berkuasa mengenal pasti mangsa lewat kelmarin sebagai Greg Griego, 51 tahun; isterinya, Sara Griego, 40 tahun; dan tiga anak mereka: Anak lelaki berusia sembilan tahun, Zephania Griego; anak perempuan berusia lima tahun, Jael Griego; dan anak perempuan berusia dua tahun, Angelina Griego.
House of guns: Investigators were seeking to determine who owned several guns that were found at the home, one of which was a semi-automatic military-style rifle
Suspek dikenal pasti sebagai Nehemiah Griego.
Pembunuhan itu berlaku hanya beberapa hari setelah Presiden Amerika, Encik Barack Obama, mendedahkan siri langkah menyeluruh yang bertujuan menangani masalah keganasan senjata api menyusuli insiden pembunuhan beramai-ramai di sebuah sekolah di Newtown, Connecticut.
Crime scene: Authorities investigate the death of Pastor Gregory Griego and family members at his home on Sunday morning
Antara langkah yang diusulkan termasuk melarang senapang stail tentera dan menghapuskan kelemahan dalam undang-undang yang membenarkan pembeli senjata api mengelak daripada menjalani pemeriksaan latar belakang. 

Credit: AFP, AP.

No comments:

Post a Comment