Google+ Followers

Saturday, 31 December 2011

Lagi rakyat Malaysia kahwin sejenis di Greece


Dalam erti kata lain, kalau perkara ini benar, bukan satu, tetapi sudah dua pemuda Melayu yang dikesan terlibat dalam perkahwinan homoseksual ini.
Antara blog awal yang menyiarkan artikel dan gambar yang didakwa membabitkan pelajar Malaysia di Greece itu ialah sozcyili.blogspot.com dan ar-rifke.com.
Bagaimanapun tiada maklumat lengkap yang dapat mengesahkan perkara itu. Kedua-dua blog berkenaan menyatakan gambar terbabit diperolehi dari sebuah blog lain.

Dalam pada masyarakat kecoh memperkatakan mengenai tindakan seorang pelajar Melayu yang berkahwin dengan pasangan sejenisnya di Dublin, kini ramai pula yang sedang memperkatakan kononnya ada seorang lagi pemuda Melayu yang pernah berbuat demikian di luar negara.
Bahkan dia dikatakan terlebih dahulu melakukan ‘perkahwinan’ sebegitu, dan ianya dilangsungkan di Greece.

Menurut sozcyili.blogspot.com, ia memperolehi maklumat mengenai perkahwinan gay Melayu di Greece itu dari sebuah blog yang diberikan sahabatnya ketika melayari Facebook.
Bagaimanapun blog itu tidak menyebut dan memberikan link kepada blog yang dimaksudkannya itu.
“Dan ketika melayari satu blog yang diberikan sahabat fb (Facebook) tadi, rupanya baru tahu bahawa arif alfian bukanlah lelaki Melayu Islam yang pertama kahwin dengan lelaki Mat Saleh di luar negara. Lihat bawah neh (ini),” catat sozcyili.blogspot.com merujuk kepada gambar seorang lelaki berpakaian lengkap bersongkok dan bersamping berpimpingan tangan dengan seorang lelaki Inggeris.
Jauh di sudut hati, penulis harap berita ini tidak benar tetapi jika ia sungguh bagai dikata, penulis hanya mampu beristighfar dan beristighfar.
Harap ia tidak terjadi pada anak cucu dan keturunan kita, Nauzubillah 
Credit to: H Metro On Line/SYAHRIL A. KADIR

Benarkah pemain bola sepak terkenal Real Madrid Kaka memeluk Islam

65018060maillot kaka real madrid 1 jpg SubhanaAllah Pemain Bola Real Madrid Kaka Bakal Masuk Islam 2012
Heboh di dalam Facebook kawan-kawan yang berbangsa Arab mengatakan bahawa pemain bola sepak terkenal Kaka telah memeluk agama Islam. Gambar ini diambil pada 26 December 2011 baru-baru ini di sebuah masjid di Dubai.
Dilaporkan bahawa Kaka ataupun nama sebenar Ricardo Kaka telah menghadiri majlis pengenalan Islam bersama isterinya di masjid ini. Kalau berita ini benar alhamdulillah. Bertambah lagi umat Islam didunia ini. Islam semakin diterima oleh masyarakat antarabangsa.
Aku sangat bersyukur dan berbangga kalau berita ini benar. Tetapi berita ini memang heboh di dunia Arab sekarang. Mungkin Kaka telah memeluk agama Islam. Dalam pasukan Real Madrid sekarang terdapat 4-5 orang individu beragama Islam seperti Karim Benzema, Nuri Sahin, Hamid Altintop, Mesud Ozil dan Sami Khedira.
Credit to: H Metro On line

Pencuri tamak putih mata



Pencuri tamak putih mata
KUALA TERENGGANU- Padan muka! Seorang pencuri bukan sahaja terpaksa berputih mata setelah gagal mendapat sebarang habuan, tetapi lebih malang, dia turut teruk dibelasah penduduk apabila kegiatan jahatnya itu berjaya dihidu dalam satu kejadian di Kampung Padang Air, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, suspek berusia lingkungan 30-an itu kantoi di tangan sekumpulan penduduk yang sedang membuat rondaan keselamatan kampung selepas cubaannya memecah masuk Masjid Kampung Padang Air dipercayai untuk mencuri sempat disedari.

Difahamkan, sebelum itu, suspek yang menunggang motosikal sudah memecah masuk sebuah rumah milik seorang ibu tunggal di kampung berkenaan dan sempat mengambil beberapa barang berharga seperti wang tunai, barang kemas dan telefon bimbit.

Mungkin tidak berpuas hati dengan habuan yang diperoleh, suspek bertindak berani memecah masuk masjid pula dengan harapan mampu memperoleh habuan lebih.

Menurut salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenal sebagai Pok Yah, sejurus menyedari kehadiran ‘tetamu tidak diundang itu’ di dalam masjid tersebut, dia bersama ahli kumpulan yang bertugas mengambil tindakan mengunci motosikal yang ditunggangi suspek menggunakan rantai.

“Suspek yang terkejut mendengar kehadiran kami cuba melarikan diri menggunakan motosikalnya namun setelah menyedari ia telah dirantai, suspek terus melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai berhampiran sebelum mencampakkan semua barangan yang sempat dicuri ke kawasan perkubu-ran berhampiran masjid.

“Melihat suspek terjun ke dalam sungai, kami turut terjun sama bagi memastikan suspek tidak terlepas dan akhirnya kami berjaya menangkapnya di seberang sungai iaitu di kawasan Kampung Petai Bubus, di sini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Katanya, suspek yang bukan penduduk tempatan di situ telah diserahkan kepada polis dari Balai Polis Gong Badak kira-kira jam 8.30 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi Sinar Harian, semalam mengesahkan menerima laporan kejadian dan tangkapan tersebut.


Jahil agama punca sanggup pecah masuk masjid

Sementara itu, Imam Besar Negeri, Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, senario kes kecurian di masjid semakin menjadi-jadi sejak belaka-ngan ini, seolah-olah pelakunya tidak takut kepada dosa dan hukum ALLAH SWT di kemudian hari.

“Kejadian ini berpunca disebabkan mereka jahil agama dan berkemungkinan terpengaruh dengan gejala sosial lain seperti pengambilan dadah, alkohol dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, sekiranya mereka ini berfikiran waras dan mengetahui serta memahami hukum-hakam agama, nescaya perkara ini sama sekali tidak berlaku, terutama di rumah ALLAH SWT.

“Kita sering memberi nasihat berhubung perkara ini melalui khutbah Jumaat dan majlis ilmu yang diadakan sama ada di masjid ataupun menerusi program keagamaan yang diadakan.

“Namun apa yang disampaikan ini berkemungki-nan tidak diendahkan apabila mereka ini telah dipengaruhi najis dadah sehinga terdesak untuk mendapatkan wang mudah dengan mencuri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Sehubungan itu, Aizi menasihatkan masyarakat supaya turut sama memainkan peranan dengan mengambil tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Katanya, sekiranya ahli kariah ada ternampak keadaan yang mencurigakan, mereka seharusnya segera melaporkan kepada pihak masjid atau menghubungi pihak berkuasa sebelum berlaku sebarang kejadian tidak diingini terutamanya kejadian kecurian.

Bagaimanapun, katanya kebanyakan masjid di negeri ini turut dilengkapi dengan kemudahan kamera litar tertutup (CCTV) namun kes kecurian masih lagi berlaku.
Credit to: Sinar

Amerika Syarikat punca kami sakit


Hugo Chavez
CARACAS - Presiden Venezuela, Hugo Chavez membuat spekulasi, kelmarin, bahawa Amerika Syarikat (AS) mungkin mempunyai teknologi atau cara untuk memberikan penyakit barah kepada pemimpin Amerika Latin.

Kenyataan kontroversi itu dibuat selepas Presiden Argentina, Cristina Fernandez menjadi pemimpin terbaru rantau itu yang dikesan mempunyai barah, Selasa lalu.

Chavez yang menjalani rawatan membuang ketumbuhan barah, Jun lalu, menegaskan beliau tidak membuat tuduhan liar sebaliknya hanya mengutarakan persoalan.

“Bukan sesuatu yang pelik jika AS telah membangunkan teknologi untuk memberikan penyakit barah kepada individu,” katanya dalam satu ucapan televisyen di Venezuela.

Chavez, Fernandez bersama-sama pemimpin berhaluan kiri lain, iaitu Presiden Paraguay, Fernando Lugo, Presiden Brazil, Dilma Rousseff dan bekas Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva kesemuanya dikesan mempunyai barah, baru-baru ini.

Muslims do not celebrate the Gregorian calendar. Here's why:


CELEBRATING THE NEW YEAR

Friday, December 31st, 2010
 Fireworks in Red Square, Moscow


Origins


January is named after Janus, the Roman god of doors and gateways. He was commonly depicted in statues, carvings and paintings as a two headed man with one head facing forward and the other head facing backwards. In 46BC Julius Caesar chose January 1st as the first day of the New Year as Janus symbolically represented the door to the New Year. Wild parties and orgies were held on the night before the New Year’s Day as a re-enactment of the chaos which Roman mythology depicted as preceding the cosmos or the ordered world whose organization was set by the gods. Furthermore, by that time, Janus had become, in practice, the highest god receiving the ritual sacrifices of Roman worshippers before the other gods, including the chief god, Jupiter.[1]

Thus, in its essence the celebrations of the New Year on January 1stand New Year’s Eve, the night before, are a part and parcel of pagan religious rituals based on idolatrous beliefs in false gods. Consequently, it is completely Haraam (sinful and forbidden) for Muslims to participate in or adopt any of its related rituals, customs and symbols.


 If a non-Muslim greets a Muslim, “Happy New Year”, the Muslim is not allowed to respond in a similar manner or say, “Same to you.” Instead, in order not to offend or hurt the feelings of non-Muslim friends or acquaintances, one may say instead, “Happy holiday.”


 As for celebrating the New Year according to the Islamic calendar which begins with the month of Muharram, this is also not permissible from a number of perspectives. First and foremost, if one does so believing that it is pleasing to Allah to do so, thereby transforming it into an act of worship, it becomes a  Bid‘ah or cursed innovation in the religion about which the Prophet (pbuh) said, “Every innovation in religion is misguidance and all misguidance leads to the Hellfire.” If one does so merely as a custom, it is still impermissible as it falls under the prohibition of imitation of pagan customs about which the Prophet (pbuh) said, “Whoever imitates a people becomes one of them.”

[1] Pope Gregory 13th who set the modern calendar, the Gregorian calendar, also officially fixed the first day of the year for Christian Europe as January 1st in 1582.


Credit to: Dr. Bilal Philips'/Rozitah Tazi






"Dream your dreams with open eyes and make them come true."
~ T. E. Lawrence

Lima Kepala babi ditemui di pintu masuk masjid Al-Falahiah di Johor Bahru


 

Lima kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pagi ini.

NONEKepala babi itu, dalam satu bungkusan, disedari seorang penjaga masjid itu pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang, juga ditemui dekat situ, tetapi polis kemudiannya mengesahkan ia mengandungi batu.

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis menubuhkan sebuah pasukan siasatan yang diketuai timbalannya, Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.

NONEKetua Polis Johor , Datuk Mokhtar Mohd Shariff (bawah dalam gambar) berkata, satu pasukan khas yang diketuai timbalannya, Ismail Yatim, ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Mokhtar juga mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ini ekoran satu lagi kejadian di mana dua bungkusan yang disyaki mengandungi tulang, ditemui pada jam 5.30 petang semalam di masjid yang sama.

Sementara itu, Bernama melaporkan, pengerusi masjid berkenaan Kassim Darim, 62, berkata dalam kejadian pertama pada jam 5 petang semalam, penduduk menemui bungkusan plastik dipercayai mengandungi anggota babi berhampiran pagar belakang masjid.

NONEBeliau berkata kejadian seumpama itu pertama kali berlaku di kawasan masjid berkenaan.

Kassim berkata satu laporan telah dibuat di Balai Polis Desa Cemerlang.

Sementara itu, kira-kira 100 orang, termasuk daripada badan bukan kerajaan, mengadakan perhimpunan aman di depan masjid berkenaan bagi membantah perbuatan tersebut.

BUDI BAHASA DAN NILAI MURNI



Malaysia hari ini, situasi negara semakin maju dan membangun dengan kepesatan dalam pelbagai bidang termasuklah pembangunan ekonomi, peningkatan kualiti hidup, masyarakat yang berilmu dan juga masyarakat yang berdaya maju.

Tambahan pula, prinsip pembangunan tersebut digilap dengan asas keIslaman yang dipandang sebagai suatu teori sejajar dengan kemajuan masyarakat. Islam Hadhari menjadi satu garis panduan berasaskan prinsip sebenar Islam di dalam menggalakkan peningkatan terhadap kemajuan dan pembangunan yang seterusnya akan menjamin kualiti hidup. 

Masyarakat pula semakin sedar untuk hidup berlumba-lumba mempertingkatkan status kedudukan sebagai suatu kelompok yang berdaya maju dan bertanggungjawab terhadap hal ehwal dan permasalahan serta keperluan negara. Dengan sikap majoriti secara dominan sebagai suatu masyarakat produktif dan berwibawa, maka negara kita semakin menuju ke arah kecemerlangan, kegemilangan dan terbilang.

Di sebalik pembangunan fizikal dan kebendaan tersebut, kita sebagai masyarakat yang terbilang perlu mempunyai agenda tersendiri agar tidak semata-mata hanya mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi memiliki mentaliti kelas ketiga. Masyarakat perlu memperkukuh lagi aspek budi bahasa dan nilai-nilai murni yang semakin diabaikan sejak akhir-akhir ini.

Sebagai rakyat Malaysia kita perlu ada kesedaran mengenai asal usul dan acuan kita sendiri yang boleh dilabelkan sebagai "Orang Timur". Orang Timur bukan hanya dikenali dengan penilaian rupa bentuk fizikal sahaja. Akan tetapi kita mewarisi satu khazanah paling berharga yang yang menjadikan kita sebagai masyarakat Timur yang berwibawa.

Dari aspek kenegaraan pula, Perdana Menteri kita pada 11 Januari 2005 lalu menggambarkan bahawa "Budaya dan sistem nilai itulah yang sebenarnya menjadi kayu ukur dan mercu tanda sebuah negara maju." Demikian diucapkan pada majlis pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni.

Demikianlah betapa pentingnya peranan budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam aspek kemajuan kita "sendiri" sebagai masyarakat timur atau masyarakat ‘melayu'. Kepentingannya adalah meliputi matlamat Malaysia yang mempunyai matlamat mencapai Wawasan 2020 dan menjadi bangsa yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Matlamat yang lebih penting di sebaliknya adalah menjadi sebuah masyarakat yang maju mengikut cara kita sendiri dengan erti kata menambahkan peningkatan hidup dan kemajuan tanpa mengurangi nilai-nilai penting khazanah bangsa kita sendiri.

Budaya berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni bukan sekadar perlu dipertahankan bahkan perlu diperkayakan lagi agar ia tidak mengalami kepupusan serta sentiasa berkesinambungan untuk diwarisi daripada generasi ke generasi seterusnya. Usaha kita mempertahankan budaya dan adat resam perlu juga disertai dengan aspek tingkah laku berbudi bahasa.

Malaysia memerlukan pembangunan nilai dan budaya yang betul. Nilai-nilai yang terlibat adalah seperti ketulusan, kejujuran, intergriti, adil, amanah dan akauntabiliti. Dengan ini, kita bukan sahaja mampu membentuk aspek pembangunan luaran semata-mata, akan tetapi perlu juga memperbaiki aspek dalaman yang dikenali sebagai aspek keperibadian untuk menjadikan masyarakat kita sebagai suatu masyarakat yang benar-benar bertamadun.

Walaupun berbudi bahasa dan nilai-nilai murni itu secara istilahnya bukan disebut sebagai Akhlak mulia, namun ia tetap membawa maksud yang sama. Sesuai dengan galakan agama yang menyatakan kepentingan menjaga suara hati dan pertuturan sebagai garis permulaan mempertingkatkan budi pekerti diri. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa mendengar,lagi maha mengetahui." (Surah an-Nisa'ayat 148)

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah lembut dalam semua perkara."

Budi bahasa dan nilai-nilai murni harus dipraktikkan di setiap aspek kehidupan agar keindahan Islam itu akan memberi kesan baik yang menyeluruh terhadap kemaslahatan sesebuah masyarakat.

Masyarakat kini digesa untuk menghidupkan dan menghangatkan kembali nilai murni dalam kehidupan seharian. Walau apa pun status dan kerjaya kita sebagai seorang generasi millenium atau kita terlibat dengan penglibatan antarabangsa, maka berpasak teguhlah pada peribadi budi seorang yang berbudi bahasa.

Kemajuan dunia merangsang kita untuk bekerja, berdaya maju dan berusaha. Tetapi jangan sampai kemajuan itu mengajarkan kita pada perkara yang sebaliknya. Iaitu mengurangi nilai-nilai murni yang sedia ada dan pernah menjadi suatu kebanggaan atau aset bangsa.

Setiap golongan dan peringkat memainkan peranan untuk bekerjasama mempertahan dan memperkukuhkan budaya menjadikan budi bahasa dan pengamalan nilai-nilai murni sebagai satu cara dan gaya hidup berkesinambungan. 

Permulaan yang baik adalah bermula daripada institusi keluarga yang menekankan tanggungjawab memberi pendidikan berdasarkan autoriti ibu bapa kepada anak-anak. Permulaan daripada kelompok keluarga adalah lebih berkesan dan lebih sesuai dijadikan sebagai tempat berkesinambungannya khazanah budaya berbudi bahasa dan nilai-nilai murni.

Dalam memanfaatkan kepentingan budi bahasa dan pengamalan nilai-nilai murni sebagai satu agenda pembangunan material dan mentaliti, adalah suatu yang perlu untuk membudaya dan memperteguhkan etika kerja berdasarkan pendekatan tersebut. Anggota perkhidmatan awam dan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalam perkhidmatan penguatkuasaan seperti polis, imigresen dan semua yang terlibat dengan khidmat pelanggan khususnya haruslah memberi perkhidmatan dengan penuh beradab. Tutur kata yang mesra, bersopan dan sentiasa membantu adalah tunggak kecemerlangan bagi sesebuah perkhidmatan.

Suatu masa dahulu, senario di sekitar pengangkutan awam pernah menggambarkan suasana kesopanan dan budi bahasa yang boleh dibanggakan. Namun sekarang, masyarakat boleh merasa malu untuk mempraktikkan nilai-nilai murni di khalayak ramai kerana keprihatinan telah berkurang sehingga boleh muncul mentaliti mempersenda nilai-nilai yang baik.

Secara tidak sedar, pelbagai gejala negatif akan boleh timbul akibat daripada kepupusan budi bahasa dan nilai murni. Orang timur pada kebiasaannya memang lemah lembut dan sensitif jiwanya terhadap budi bicara. Hubungan dan keharmonian boleh porak peranda hanya kerana kekurangan budi bahasa. Bak kata pepatah "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa".

Kalau tiada nilai-nilai murni, maka rosaklah tingkah laku masyarakat kita. Kerosakannya bukan hanya menyentuh aspek kesihatan atau kecacatan jiwa, bahkan menular ke pembangunan fizikal. Mentaliti kita adalah membina. Bukan merosak apa yang telah terbina. Tanpa nilai murni, remaja kita berperangai sewenang-wenangnya. Membudayakan vandalisme, gangsterisme, samseng jalanraya, gangguan seksual dan pelbagai jenis perlakuan delinkuen akan menjadi sorakan di persekitaran negara kita.

Justeru, setiap pihak perlu positif dan turut serta membudayakan budi bahasa dan nilai murni sebagai gaya hidup yang sempurna. Perjuangan sebuah bangsa itu bukan sekadar mempertahankan kuasa dan labelnya sebagai suatu ‘bangsa'. Tetapi harus diingat juga bahawa praktik di samping mempertahan dan memperkukuhkan khazanah bangsa adalah sangat bermakna.

Kerajaan negeri Johor mengenai agenda ini mempunyai pendekatan tersendiri yang bersifat holistik atau menyeluruh. Di bawah program Pembangunan Beridentiti, telah banyak program-program yang bermanfaat telah dirangka bagi mempastikan pembangunan masyarakat itu sejajar dengan mutu identiti tersendiri.

Di dalam memartabatkan khazanah budaya, sikap berbudi bahasa dan nilai-nilai murni, program pembentukan dan didikan kekeluargaan dikenal pasti sebagai satu pendekatan paling efektif dan mesra masyarakat. Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim di negeri Johor telah menjalankan peranannya mendidik institusi keluarga melalui Modul Keluarga Sakinah yang menyentuh setiap peringkat kekeluargaan dari permulaan hidup hinggalah ke akhir hayat. Modul tersebut dikesan dapat menyerapkan sentimen mengamalkan nilai-nilai murni di peringkat keluarga.

Pemupukan nilai-nilai murni ini juga diserapkan melalui pendekatan tidak langsung menerusi program-program sihat di dalam memastikan kebudayaan dan kesenian adalah seiring dengan pembangunan ekonomi dan fizikal. Kerajaan negeri terus memberi tumpuan terhadap pembangunan seni dan budaya yang meliputi bidang teater, permainan tradisional, seni tari,seni muzik, seni silat, pemuliharaan budaya, Kembara Puisi Darul Ta'zim dan sebagainya. Penglibatan-penglibatan ini diharap dapat memberikan kesan halus kepada masyarakat Johor untuk menghayati nilai-nilai murni di sebalik kebudayaan-kebudayaan tertentu.

Program-program Gaya Hidup Sihat juga banyak menitik beratkan sumber nilai-nilai murni apabila kerajaan menggalakkan penglibatan sukarela daripada hampir setiap golongan menyertai Program Rakan Muda, J-Robik, Belia dan PROSTAR.

Negeri Johor akan terus menerus mempertahankan budaya agar nilai-nilai murni dan budi bahasa yang dianggap paling penting di dalam pengamalan budaya itu dapat diperah dan menjadi identiti masyarakat secara umumnya.

Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa,
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi, runtuhlah bangsa.

Credit to: MOHD FADZLI ABU BAKAR

Semoga Tahun 2012 lebih baik


Mengharap 2012 lebih baik daripada 2008, 2009, 2010 dan 2011

jata_negara   

HARI ini adalah hari terakhir dalam kalendar 2011. Banyak orang mahu meninggalkan kenangan tahun 2011 dan berazam untuk membuka lembaran baru 2012.

Malam ini akan ada pelbagai bentuk sambutan di tempat tumpuan umum bagi meraikan kedatangan tahun baru 2012.
Bagi saya baik 31 Disember atau 1 Januari, apa yang akan kita harungi adalah sama sahaja - tidak ada banyak bezanya. Kita tetap akan mengharungi tempoh masa 24 jam sehari.

Dalam sepanjang tempoh itu, sama dengan hari-hari sebelum 1 Januari - kita akan bangun tidur, solat, sarapan, buat urusan kerja atau peribadi, makan, bertemu keluarga atau rakan, bersiar-siar atau beriadah, dan kembali ke kamar untuk tidur semula. Begitulah juga rutin keesokannya hampir sama sahaja.

Apa pun, kita mengalu-alukan kedatangan tahun baru 2012. Apa yang telah kita lalui selama empat tahun kebelakangan ini diharap dapat dijadikan teladan dan cabaran. 2012 diharap tampilkan perubahan.
Sepanjang tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011 banyak menguji kesabaran dan sikap tolak ansur rakyat berbilang kaum negara ini. Banyak yang memendam perasaan.

Dalam aspek ekonomi di tahun baru ini, rata-rata rakyat akan menghitung satu persatu masalah berikutan kemelut ekonomi di Eropah dan Amerika Syarikat yang dijangka memberi kesan kepada Malaysia.

Ini meliputi soal dasar seperti perancangan dan strategi kerajaan dalam menangani cabaran ekonomi global hinggalah kepada harga barang serta inflasi yang dikhuatiri boleh menghimpit kehidupan kita.

Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku dalam tahun 2012 tetapi ia tetap akan memberi ujian yang cukup besar. Jadi, segala-galanya memerlukan pengorbanan, iltizam dan semangat muafakat yang cukup kuat daripada semua pihak termasuk rakyat berbilang kaum.

Pada tahun 2008, kedudukan ekonomi dunia sudah menunjukkan kesan tsunaminya kepada politik dan sosial negara kita. Lanjutan itu kedudukan agama Islam, hak-hak istimewa Melayu, Institusi Raja- Raja Melayu, bahasa kebangsaan mula dipersoalkan. Ia tidak terhenti walaupun sudah diberi amaran keras oleh pihak berkuasa dan Yang di-Pertuan Agong sendiri.

Ekonomi, politik dan agama memang menjadi faktor duri dalam daging yang boleh mencetuskan ketidakstabilan negara majmuk kita ini.

Suasana perpaduan nasional dilihat hari demi hari cuba diganggu gugat oleh individu yang tidak sedar diri akan nikmat kemerdekaan negara kita ini.

Sudah empat tahun berlalu, begitu ketara gerakan provokasi untuk menggugat sensitiviti agama dengan niat supaya pihak satu lagi bangkit membalas tindakan itu sehingga tercetus ketegangan.

Provokasi seperti ini perlu dibendung secara tegas sebelum ia menular menjadi konflik hingga menghancurkan segala nikmat kebaikan yang kita kecapi selama ini.

Ingatlah pesanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa "segala yang kita capai, bina dan hargai boleh hancur berkecai serta musnah dalam sekelip mata jika masyarakat dirosakkan dengan budaya jumud dan melampau menerusi isu perkauman serta agama".

Kita bertuah mendapat pemimpin kerajaan yang sentiasa memikirkan rancangan untuk memajukan dan memakmurkan negara ini, malah masalah kebajikan dan perpaduan rakyat juga tidak lepas daripada perhatian beliau.

Apakah tahun 2012, isu perkauman dan agama akan terus mewarnai politik negara kita? Rakyat terutama pengundi rasanya sudah tidak sabar membuat perhitungan dalam pilihan raya umum untuk memberikan mandat kepada parti yang diyakini dapat memulihkan semula suasana harmoni negara.

Alangkah eloknya jika suasana politik, ekonomi dan sosial kita berada dalam keadaan aman dan makmur - tanpa hiruk-pikuk satu demi satu kegawatan politik.

Sebelum 2008, kita dapat rasai bagaimana kestabilan politik dan ekonomi telah membawa rakyat berasa gembira kerana mereka dapat menikmati hidup dengan aman dan sejahtera.

Pengalaman pada tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011 banyak memberi pengajaran kepada kita semua. Oleh itu, tahun baru 2012 ini adalah harapan kita untuk melihat perubahan lebih baik berlaku demi kemajuan dan kemakmuran hidup kita semua
.
Selain takdir Tuhan, kita juga boleh menentukannya berlaku.

Credit to: Utusan

Budak kecil dan sayur pucuk paku...



BANYAK orang mungkin tidak pernah hendak mengambil tahu atau memandang ringan nilai simpati, belas kasihan atau rasa kasih pada orang yang memerlukan pertolongan. Mungkin sebab kita lihat banyak kali orang yang memerlukan pertolongan itu jelas mengambil kesempatan.

Tetapi ada juga orang yang memerlukan pertolongan itu mempunyai prinsip yang lebih baik, tidak meminta semata-mata, sebaliknya ada sesuatu yang ditukar sebagai ganti dan mereka bersungguh-sungguh memegang prinsip itu. Ada satu malam, seorang budak lelaki kecil dalam lingkungan umur 8-10 tahun yang sangat comot berniaga sayur pucuk paku di hadapan sebuah pasar raya. Sayur itu diikat dengan kemas dan disusun elok-elok di atas helaian kain di tepi kaki lima.

Dengan bersemangat dia melaung; "bang, kakak, pakcik makcik sayur seringgit-sayur seringgit". Dia comot mungkin kerana seharian bergemulang dalam semak di kawasan berpaya untuk mencari sayur pucuk paku. Sayur itu dijual seikat RM1 kalau ada 15 ikat dapatlah dia RM15 untuk malam itu.

Budak-budak baya ini biasanya duduk di rumah sambil melayan Astro Ceria, membelek-belek barang Ben10, tidak pun iPad dan kalau yang bagus - sedang mengulang kaji buku sekolah. Tetapi budak penjual sayur ini pada malam pun masih berdiri di tepi kaki lima di hadapan pasar raya besar dengan harapan orang ramai yang sudah membeli barang-barang "segar" dalam pasar raya itu berminat juga membeli sayur segarnya.

Ada orang sekadar melihat dengan pesimis dan terus berlalu. Mungkin kerana sayur pucuk paku dan budak kecil yang comot itu tidak ada daya penarik.

Ada orang yang singgah bertanyakan harga tetapi tidak membeli. Mungkin kerana duitnya semua besar, jadi terfikir budak ini tidak cukup duit kecil untuk ditukar lalu tidak jadi membeli. Ada orang yang singgah hanya bertanya "Sayur apa ni?" Mungkin orang itu hidupnya hanya kenal sayur asparagus.

Ada orang yang singgah, membeli dua hingga lima ikat dan dibayar cukup-cukup. Budak kecil itu ucap "terima kasih-terima kasih" sambil tersenyum tiap kali ada orang membeli. Di dalam hatinya mungkin dia berkata "Tinggal satu saja lagi... tak sabarnya nak dapat RM15."Dikira-kira lagi jika "seminggu tiga kali boleh dapat RM45. Wah, banyak tu!". Kali ini dia lagi tersenyum.

Dalam ramai-ramai yang membeli. Ada seorang yang singgah, kali ini orang yang membeli itu tidak sekadar membeli dan berlalu. Dia bertanyakan itu sayur apa, (mungkin dia sama seperti orang yang hanya tahu sayur asparagus), dia bertanyakan lagi berapa harga sambil membelek-belek dompetnya (mungkin dia pun sama seperti orang yang risau budak kecil itu tidak ada tukaran wang kecil).

Budak kecil ini pun memberitahu; "Seringgit kak!" Orang itu hanya tersenyum, dia hanya memandang budak kecil itu dalam beberapa saat (mungkin dia juga sama saja dengan orang yang hanya bertanya sayur apa, harga apa tetapi akhirnya tidak membeli).

Budak kecil itu hanya menunggu orang itu membeli. "Nah, ambil ni. Bagi kakak sayur tu. Baki simpan okey!" Dihulurkan duit RM10 kepada budak kecil itu. Budak kecil itu terkebil-kebil. "Sayur ni seringgit. Baki ni banyak kak!" budak kecil itu seperti keberatan untuk menerima.

"Kakak bagi okeySo awak ambil!" budak kecil itu tersenyum sungguh dan terus berulang kali ucap "terima kasih kak!"
"Adik cari sayur ni kat mana? Dah lama jual? Petik sendiri ke? Adik jual ni saja-saja ke."

Oh! Rupa-rupanya banyak sungguh orang yang baik hati itu bertanya. Mungkin kerana orang itu sengaja membuatkan budak kecil itu tahu yang dia amat kagum dengan kesungguhannya berniaga sehingga habis semua sayur dijual.
Berbaloi budak kecil tu berdiri selama tiga jam, meminta orang supaya membeli sayurnya.

Sejak budak kecil itu mula membuka "kedainya" tidak ramai dari kebanyakan orang yang hanya berlalu atau yang membeli sayurnya itu, dapat melihat kelainan seorang budak kecil yang comot itu membuat sesuatu yang tidak ramai budak-budak sebayanya boleh lakukan - meninggalkan aktiviti menonton Astro Ceria, bermain Ben10, melayan iPad sambil membuka FB atau yang bagus, menelaah pelajaran sekolah.

Sebaliknya berniaga di malam hari, jika tidak kerana kesempitan hidup serta kesusahan yang dialami. Mungkin ada beberapa orang yang ada belas kasihan lalu membeli dengan niat untuk membantu budak kecil itu menghabiskan jualannya, walaupun setakat bayar cukup-cukup dengan jumlah sayur yang dibeli.

Tetapi ada juga manusia yang baik hati masih boleh melihat lebih jauh daripada itu, kerana orang yang segelintir itu, bukan hanya tahu nilai simpati dan belas kasihan sebaliknya memahami prinsip budak kecil itu.

Itulah yang dimaksudkan dengan "orang- orang yang memerlukan pertolongan dengan prinsip yang lebih baik". Budak kecil itu ada prinsip. Kita tahu budak kecil itu sebenarnya orang yang susah. Kesusahan tidak membenarkan dia untuk mengambil kesempatan, dengan hanya meminta duit daripada ibu atau ayahnya yang tidak mampu memenuhi keinginannya, atau dengan jalan mudah - mengambil kesempatan dengan hanya meminta-minta daripada orang lain.

Sebaliknya dia bertekad untuk melakukan sesuatu supaya dia dapat perolehi apa yang dihajatinya. Dan itulah prinsip orang yang memerlukan pertolongan yang boleh kita hormati, agar ia menjadi teladan kepada diri kita, setidak-tidaknya mungkin pada anak-anak kita.

"Jual-jual juga. Tapi belajar tak boleh tinggal tau dik!" orang yang baik hati itu sempat meninggalkan pesanan sebelum meninggalkan budak kecil yang comot itu untuk menaiki kereta yang sudah tiba untuk menjemputnya.

Tingkatkan jati diri melalui bidi bahasa



Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah merancang 60 program pelaksanaan nilai-nilai murni dan budi bahasa yang akan dilaksanakan oleh semua agensi di bawahnya termasuk yang melibatkan penyertaan murid sekolah. - Gambar hiasan


"YANG kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Putih tulang dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga".

Itu adalah antara peribahasa yang mengeksplisitkan betapa budi bahasa amat disanjung tinggi oleh masyarakat negara ini. Tambahan pula, pemupukan budi bahasa kepada seseorang individu itu menjadi warisan turun-temurun dari satu generasi ke generasi seterusnya, iaitu resam kita sejak sekian lama.

Friday, 30 December 2011

Tarikh kiamat rahsia Allah


Beautiful nature sky over the sea

BOLEH dikatakan semua agama di dunia mempercayai akan hari khiamat. Agama Kristian, Yahudi atau lain-lain agama di dunia ini juga dikatakan kononnya lebih 'tahu' akan tarikh berlakunya kiamat.

"Kepercayaan mengenai hari kiamat terutamanya menurut agama Kristian dan Yahudi memang ada asasnya kerana nabi-nabi mereka diterima dan diiktiraf dalam Islam. "Tetapi pada asasnya kepercayaan hari kiamat mereka adalah sebagaimana kepercayaan dalam Islam itu sendiri. "Iaitu tidak ada tarikh tertentu diberikan sebagaimana yang ditetapkan dalam Islam. "Malah mereka percaya akan turunnya Al Masih, Nabi Isa, kerosakan yang dilakukan oleh Dajjal, kaum Yakjud dan Makjud dan sebagainya. "Tetapi jika mereka mempergunakan agama bagi menyatakan tarikh sebenar kiamat, itu sebenarnya berlaku kesesatan dalam agama mereka sendiri. "Begitu juga kepada umat Islam yang meramalkan tarikh kiamat atas nama Islam, maka itu dikira sesat dalam agama kita," kata Dr. Danial.

Tambah beliau, atas nama agama, manusia akan mencipta segala macam ramalan yang bukan-bukan yang tidak masuk akal. Semua itu sebenarnya jika tidak berhati-hati merupakan permainan syaitan dan iblis. Golongan yang membuat ramalan akan hari khiamat itu sebenarnya ada kepentingan tertentu yang bukan sahaja membawa faedah kepada diri mereka tetapi memberikan kemenangan kepada kuasa-kuasa jahat iblis dan syaitan yang suka menyesatkan manusia.

Sehingga berlaku penyembahan, sanggup melakukan korban supaya terselamat jika berlaku kiamat dan sanggup membunuh diri bagi mengelakkan azab ditimpa kiamat. Semua itu, kata Dr. Danial adalah kesesatan kesan mempercayai kepada segala macam ramalan tersebut.

Mungkin tarikh kiamat yang kononnya berlaku hujung tahun hadapan sedikit sebanyak akan memberi iktibar dan satu peringatan keras yang membuatkan manusia supaya bersedia menghadapinya.

Ini termasuklah melakukan amal kebaikan, bertaubat, tidak melakukan maksiat, kuat beribadat dan sebagainya lagi.
Namun seperti yang ditegaskan oleh Dr. Danial, bagaimana jika selepas Disember 2012 itu, tidak berlaku kiamat? Bagaimana keadaan manusia yang telah melakukan pelbagai persediaan untuk menghadapi kiamat itu?
"Manusia pastinya akan gembira, mencampakkan segala amalan kebaikan untuk kembali berfoya-foya, tidak ingat Tuhan kerana kiamat tidak jadi.

"Seperti ada sambutan meriah apabila kiamat tidak berlaku," tegas beliau. Sedangkan kata Dr. Danial, agama Islam telah lengkap dalam memperkatakan hari kiamat.

Hikmah tarikh kiamat dirahsiakan supaya manusia sentiasa bersedia secara jujur, ikhlas kerana percaya hidup di dunia hanya sementara kerana yang kekal adalah di akhirat.

"Justeru kehadiran 2012 esok lusa ini hendaklah 'disambut' dengan penuh keinsafan terutamanya semakin dekatnya kita kepada tanah perkuburan, persemadian abadi yang memutuskan segala amalan kita di dunia kecuali bekalan yang kita bawa akhirat kelak.

"Sama ada tahun hijri mahupun masihi hendaklah disambut dengan ibadah bukannya dengan keseronokan dan hiburan yang melampau kerana umur semakin meningkat dan kematian akan menjemput kita tanpa mengira masa dan keadaan.

"Bertambahnya tahun untuk kita hidup, bermakna Allah memberikan 'bonus', kelebihan masa dan waktu untuk kita menambahkan amalan kebaikan dan kebajikan. Malangnya sekalipun ada peringatan kononnya Kiamat tetapi saya yakin yang bakal di sambut sempena tahun baru 2012 adalah tetap mengikut nafsu," katanya.
Manusia harus menyedari kini bahawa masa kian dan semakin pantas berlalu.

Setahun 2011 yang berlalu begitu cepat sehinggakan manusia tidak sempat menyempurnakan pelbagai azam dan cita-cita. "Jadi adakah masanya lagi untuk membuang-buang masa untuk perkara yang tidak berfaedah?
"Sekalipun kita merasakan kita begitu sibuk sehingga menyebabkan masa dirasakan begitu pantas berlalu, namun kebanyakan kita sibuk dengan aktiviti yang tujuannya adalah salah kerana kita mempunyai misi hidup yang salah," katanya.

Sedangkan manusia hendaklah istiqamah dalam perkara kebaikan dan konsisten dalam ibadah dengan misi hidup adalah mencari kemuliaan dan ketaqwaan di sisi Allah. Bukan meletakkan sasaran kemuliaan di sisi manusia dengan mengejar pangkat, harta dan sebagainya.

Benarlah manusia itu kerugian dari aspek masa. Sehinggalah Allah bersumpah sebagaimana dalam surah al-Asr: 1-3: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Credit to: Utusan

Ramalan tarikh kiamat jejas akidah



GAMBARAN berlakunya kiamat dari filem Hollywood 2012.


Beautiful Clouds


BOLEH dikatakan seluruh penduduk dunia menjadi enigma dan mimpi ngeri apabila dikatakan dunia kian menuju hari-hari terakhirnya iaitu pada 12 Disember 2012 sebagai tarikh sakaratul dunia, atau lebih tepat kiamat. Asalnya ia hanya momokan masyarakat barat kononnya mengikut perkiraan mereka, dunia kini hanya menanti detik dan waktu sahaja untuk musnah.

Apa yang dibimbangi barat itu merebak pada kadar yang perlahan namun berjaya menyakinkan orang ramai dalam pelbagai bentuk terutamanya buku, makalah dan laman sesawang. Kemuncak momokan itu apabila filem blockbuster Hollywood berjudul 2012 yang menjadi hantu besar menakutkan manusia kepastian Kiamat pada 2012. Filem itu sebenarnya diilhamkan daripada kiraan kalendar kuno kaum Maya (Long Count Calendar) yang kononnya pada tarikh 12 Disember tahun hadapan, dunia akan hancur.

Akan berlaku malapetaka alam yang maha dahsyat, yang tidak pernah terfikir dan terbayangkan oleh manusia.
Ini termasuklah gelombang tsunami gergasi yang berpuluh kali ganda lebih dahsyat dan lebih ngeri berbanding melanda Aceh, Indonesia hingga menelan ratusan ribu nyawa tujuh tahun lalu.

Ia ditambah dengan hentaman-hentaman objek asing dari angkasa, terutamanya asteroid yang kekuatannya juga mengalahkan mana-mana ledakan bom nuklear. Semua itu kononnya berlaku kesan daripada jajaran planet Pluto dan Bumi yang selari dalam pusingan orbit dan sebagainya yang kesemuanya bakal terjadi sekitar Disember 2012.
Walaupun semua ini sekadar ramalan yang didakwa disokong penemuan saintifik dan ilmiah, namun bukan sedikit kesannya kepada manusia.

Natijahnya, ramai daripada kita seolah-olah berada di persimpangan yang cukup memeningkan kepala. Antara mahu percaya atau tidak. Benarkah tahun 2012 akan berakhirlah jangka hayat bumi ini? Yang turut bermakna berakhirnya juga jangka hayat manusia?

Pendakwah terkenal, Dr. Danial Zainal Abidin bagaimanapun meminta umat Islam supaya tidak sedikit pun memberikan ruang di hati dan minda mereka untuk mempercayai ramalan tarikh kiamat yang jangkanya berlaku hanya setahun daripada sekarang.

"Jika percaya kepada semua itu, dibimbangi ia boleh merosakkan akidah mereka sendiri kerana akan mudah terjebak dengan segala macam unsur syirik dan khurafat. "Semua itu hanya sekadar ramalan yang lazimnya tidak ada asas dan bukti apa pun untuk kita percaya. "Tidak sahaja dalam soal ramalan kiamat. Malah dalam apa juga ramalan-ramalan masa depan yang kononnya akan berlaku sebarang tragedi dan peristiwa-peristiwa besar yang di luar dugaan manusia untuk berlaku," katanya.

Dalam Islam kata Dr. Danial, ditekankan dalil dan nas pembuktian dalam apa juga perkara termasuk perkara-perkara ghaib terutamanya hari kiamat. Dua teks sama ada dari dalil al-Quran dan hadis Rasulullah sudah cukup bagi melindungi fahaman umat Islam daripada pelbagai ramalan mengenai hari kiamat.

Ayat berikut misalnya adalah satu dalil yang paling kuat dalam memperkatakan soal kedatangan hari kiamat.
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut." Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (al-A'raaf: 187).

Menghadapi cabaran 2012


Nature is playing with colors

BEBERAPA hari lagi kita semua akan menyambut tahun baru masehi 2012. Masa terus berlalu dengan pantas dan jika kita tidak bersedia atau tidak membuat tindakan bijak kita akan terus tertinggal malahan cabaran baru kian menghimpit kita.

Menyedari perkara itu, Islam telah menyarankan agar umatnya sentiasa peka dan bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan bagi memastikan kehidupan umat dan Islam terus terjamin. Pada hari ini pihak kepimpinan negara telah menyarankan agar kita melakukan transformasi bagi memastikan kejayaan dapat dicapai dalam aspek ekonomi, politik dan sosial dan juga memperbaiki keadaan negara dan rakyat seluruh agar lebih baik dan sempurna.

Dalam Islam transformasi disebut sebagai islah. Ia bermaksud perubahan ke arah kehidupan atau keadaan yang lebih baik. Proses islah atau transformasi pada asasnya terdapat dua aspek yang perlu dilihat iaitu al-islah al-insan (transformasi kehidupan manusia) dan al-islah al-manhaj (transformasi sistem kehidupan manusia).

Dalam transformasi kehidupan insan, Islam telah menetapkan manusia sebagai alat yang dapat mengubah atau mencipta sesuatu perubahan. Oleh yang demikian segala bentuk perubahan atau pembaikan adalah bertujuan membina kualiti kemanusiaan.

Kitab suci al-Quran yang mengandungi pelbagai aspek pengajaran yang menyentuh aspek akidah, hukum-hakam, akhlak, sirah dan juga sains dan teknologi. Kesemua aspek tersebut disebut oleh Allah SWT sebagai satu petunjuk kepada manusia untuk mencapai perubahan atau membina peradaban kemanusiaan.

Ini jelas seperti firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.(ar-Ra'd: 11)

Perubahan diri (taghir al-anfus) atau disebut sebagai self reform dapat dilakukan dengan wujudnya kesedaran dalam diri seseorang untuk melakukan perubahan.

Ini disebut sebagai self introspection atau muhasabah diri dan selanjutnya disusuli dengan tindakan untuk membangun semangat ke arah kebaikan dan juga pembaikan diri.

Muhasabah diri merupakan suatu tuntutan yang penting pada hari ini kerana kehidupan yang kian mencabar dari pelbagai aspek. Amat sedih kerana ramai di kalangan umat Islam pada hari ini hanya sibuk melemparkan pelbagai tuduhan dan sering mencari kesalahan orang lain sehingga tidak mampu dan gagal menemukan faktor-faktor kelemahan diri sendiri.

Oleh yang demikian, kita perlu mengingati apa yang telah disebut oleh Khalifah Umar al-Khattab yang telah mengingatkan: "hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung."

Walaupun ramai yang mentafsirkan peringatan tersebut merujuk kepada persiapan kematian, tetapi kepentingan untuk bermuhasabah dalam pelbagai aspek kehidupan perlu kita lihat dalam konteks yang lebih luas. Untuk itu kita perlu bermuhasabah dan tindakan tersebut perlu dimulakan oleh diri kita sendiri seperti mana saranan Rasulullah SAW yang menyebut ibda' binafsika (mulakan daripada diri kamu sendiri).

Perlu kita sedari bahawa umat Islam tidak akan terjatuh atau terperosok ke lembah kehinaan jika seluruh umat Islam mengamalkan dan memegang teguh ajaran Islam. Pelbagai cabaran dan kehinaan akan menimpa umat jika umat Islam gagal untuk mengambil ajaran Allah sebagai petunjuk dan panduan kehidupan.

Berdasarkan keadaan tersebut, beberapa tindakan memperbaiki diri dan membetulkan keadaan umat perlu dilakukan. Keadaan ini perlu dimulakan dengan membetulkan dari aspek visi keislaman yang jelas, akidah yang murni, ibadah yang kukuh dan disertai dengan ilmu serta sifat ikhlas yang mantap.

Jika ini dapat dilakukan ia akan melahirkan akhlak yang baik dan semangat penyebaran syiar Islam yang menyeluruh.
Proses yang disebutkan di atas akan memacu setiap insan Muslim ke arah yang lebih baik dan melakukan perubahan diri. Perlu kita sedari bahawa seorang Muslim yang baik, tidak akan pernah dalam dirinya bersifat statik dalam melakukan perubahan dalam diri.

Pada asasnya kehidupan hari ini perlu lebih baik daripada semalam dan kehidupan hari esok perlu lebih baik daripada hari ini. Jika berlaku keadaan yang statik atau jumud, ini bererti berlaku kemunduran dan jika tidak dibaiki, keadaan akan menjadi bertambah buruk dan akan menuju kehancuran atau kebinasaan.

Perkara ini perlu disedarkan kepada seluruh umat dan kesedaran fahaman wasatiah atau ummatan wasatan perlu digerakkan bagi mencapai ciri-ciri umat yang terbaik (khaira ummah).

Jika kesedaran ini dapat digerakkan dan dapat dicapai sudah pasti umat Islam akan dapat menjadi pemimpin dunia bukan sahaja dalam penguasaan politik tetapi juga dalam segala aspek kehidupan manusia seluruhnya kerana umat Islam pernah menjadi pemimpin dunia dalam bidang sains, teknologi, ekonomi, politik dan juga peradaban secara umumnya.

Al-Islah al-manhaj

Untuk al-islah al-manhaj iaitu transformasi sistem kehidupan manusia berdasarkan fikrah manusia yang merupakan makhluk sosial yang perlu kepada saling berkomunikasi dan berinteraksi di antara satu sama lain. Dalam melakukan hubungan sosial atau interaksi, manusia memerlukan peraturan atau sistem yang dapat mengatur kehidupan dengan lebih baik dan sempurna.

Sehubungan itu, Islam telah mengatur atau membentuk sistem kehidupan manusia secara jamaie yang mampu membentuk sistem hidup manusia yang sempurna.

Ini semua terkandung dalam peraturan dan hukum-hakam yang terdapat dalam ibadah, munakahat, muamalat dan juga jenayah. Selain itu, Islam juga mementingkan aspek kepimpinan kerana manusia bukan makhluk haiwan yang hidup tanpa ikatan peraturan dan norma-norma tertentu.

Untuk itu, dalam hidup yang berperaturan dan bersistem, memerlukan kepimpinan yang mampu mengurus manusia ke arah yang lebih baik. Ia tidak sekadar menumpukan kepada ibadah-ibadah khusus yang berbentuk individu semata-mata tetapi ia perlu terus dimantapkan dengan pengukuhan pelbagai aspek kehidupan dan peraturan Islam yang merangkumi aspek ibadah khusus dan ibadah umum yang melibatkan kepentingan seluruh umat.

Sirah nabawi juga telah mencatatkan terdapat dua orang nabi yang telah membawa syariat Islam dan diikuti oleh ramai umat manusia iaitu Nabi Musa a.s dan Nabi Muhammad SAW.

Kedua-dua pemimpin manusia utusan Allah itu tidak sahaja mengajak manusia melakukan ibadah secara khusus seperti puasa, solat, zakat dan zikir semata-mata tetapi kedua-dua utusan Allah itu mengajak manusia melakukan ketaatan Allah berlandaskan sistem Islam yang dibawa oleh mereka.

Untuk itu, dalam usaha membina sistem kehidupan yang bertujuan untuk membentuk manusia ke arah yang lebih sempurna dan berjaya, seluruh umat Islam perlu melihat ibadah serta aspek kehidupan bermasyarakat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Islam mampu membentuk masyarakat melakukan perubahan secara menyeluruh dalam kehidupan bermasyarakat dan bukan tidak mempercayainya atau meminggirkannya.

Sesungguhnya transformasi atau islah dalam konteks Islam yang berteraskan dua aspek yang disebutkan iaitu al-Islah al-insan (transformasi kehidupan insan) dan al-Islah al-manhaj(transformasi sistem kehidupan manusia) adalah saling berkait. Kegagalan pada satu aspek akan memberi kesan kegagalan kepada aspek yang satu lagi.

Ia umpama benih dan juga tanah yang saling berkaitan dalam bidang pertanian. Manusia seumpama benih yang perlu ditanam di tanah yang sesuai dan sistem (manhaj) merupakan tanah yang subur perlu bagi pertumbuhan benih yang baik.

Benih-benih yang baik tidak akan tumbuh pada tanah yang gersang atau kering. Jika sebaliknya, walaupun tanahnya subur dan baik tetapi benihnya tidak baik atau rosak, kita tidak boleh mengharapkan pokok akan tumbuh dengan subur dan akan berbuah dengan lebat dan segar.

Justeru, dalam menghadapi tahun baru 2012 kita perlu membina semangat baru dan berazam menjadi individu yang bersedia melakukan perubahan yang lebih baik dan berkesan serta menjadi insan yang berguna. Ia seperti mana peringatan Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 24-25.

 Credit to: DR. BURHANUDDIN ABDUL JALAL/Utusan