Sunday 18 December 2011

Acha Septriasa terima Ijazah Komunikasi Massa


Acha Septriasa terima Anugerah Kepimpinan

 

CYBERJAYA 17 Dis. - Pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Jelita Septriasa hari ini dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Presiden Universiti LimKokWing di atas pencapaian cemerlang beliau dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Acha Septriasa merupakan antara 1,000 graduan universiti itu yang menerima diploma dan ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tersebut.
Acha yang mengambil jurusan Ijazah Komunikasi Massa menceritakan semula pengalamannya ketika menuntut di universiti tersebut berkata, beliau tidak dapat melupakan detik ketika ditugaskan menjalani latihan sebagai seorang wartawan.

"Ketika pergi ke tempat tugasan sidang akhbar, ada kalangan wartawan yang tertanya-tanya mengapa saya berada di sini disebabkan saya pernah berjumpa dengan mereka sebelum ini. "Mereka hairan kenapa saya berada di situ, sebenarnya saya sedang menjalani latihan dan itu merupakan antara perkara yang tidak dapat dilupakan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis konvokesyen tersebut.

Pada majlis tersebut, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili turut dipilih menerima Anugerah Kehormat Kepimpinan dalam bidang inovasi. Selain itu Lord Sheikh of Cornhill in the City of London, Mohamed Sheikh pula menerima Anugerah Kehormat dalam bidang pembangunan sosial.

Sementara itu, Acha mengucapkan jutaan terima kasih kepada Universiti LimKokWing kerana memberikannya biasiswa dan peluang untuk menimba ilmu di situ. "Ilmu yang dimiliki di sini bersama-sama rakan kuliah amat berguna. Saya akan manfaatkan segala yang diperolehi di sini kerana ia sangat membantu perjalanan kerjaya saya dalam industri hiburan," katanya

Credit to: Utusan

No comments:

Post a Comment