Sunday 18 December 2011

Fotostat borang asal Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) masih diterima.



Awang Adek Hussin
BACHOK - Fotostat borang asal yang dikeluarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tanpa diubah suai, masih diterima untuk permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Timbalan Menteri Kewa­ngan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, sekiranya diubah suai borang BR1M itu terpaksa ditolak.
“Borang fotostat masih diterima. Borang palsu dimak sudkan adalah borang diubah dengan tambahan logo parti.
“Sebab itu kita saran ambil borang melalui saluran betul untuk mengelakkan kes pemalsuan begini. Jangan menyalahkan kerajaan sekiranya permohonan ditolak akibat borang yang tidak mengikut spesifikasi,” katanya di Pengkalan Petah, semalam.
BR1M adalah program bantuan RM500 Kerajaan Persekutuan kepada mereka berpendapatan kurang RM3,000 bagi satu isi rumah, warga emas berumur 60 tahun ke atas serta ahli keluarga berdaftar di bawah program eKasih.
Awang Adek berkata, keterangan lanjut boleh didapati melalui laman Kementerian Kewangan, www.treasury.gov.my atau hotline 1 800 222 500 atau e-mel: belanjawan2012@treasure.gov.my.
Beliau berkata, kementerian juga menyediakan 12 petugas untuk melayani sebarang keraguan orang ramai.
Pada majlis berasingan, 120 ahli baru dari Kampung Seri Kemunting menyertai Umno, selepas cawangan baru ditubuhkan di kampung berkenaan, semalam.
Borang penyertaan mereka diserahkan ketua kumpulan itu, Mohd Nor Jusoh, 54, kepada Awang Adek yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok dengan disaksikan hampir 300 penduduk.

Credit to: Sinar

No comments:

Post a Comment