Friday 16 December 2011


Susilo arah siasat kes pancung


JAKARTA: Presiden Indonesia, Bambang Susilo Yudhoyono mengarahkan siasatan terhadap kejadian pancung di pulau Sumatera selepas satu video mengerikan ditunjukkan di parlimen, kata jurucakapnya semalam. 

Pihak berkuasa berkata satu pertikaian antara syarikat perladangan kelapa sawit PT Silva Inhutani dan penduduk kampung mencetuskan keganasan April lalu di daerah kecil Mesuji, wilayah Sumatera Selatan.


Akhbar Jakarta Post melaporkan, sekumpulan samseng yang diupah syarikat, didakwa menyerang penduduk kampung, merosakkan rumah dan memenggal tiga orang di hadapan sekumpulan penduduk, kata penduduk kampung kepada ahli parlimen kelmarin.
“Presiden mengarahkan menteri keselamatan dan ketua polis negara membentuk satu pasukan untuk menyiasat insiden Mesuji,” kata jurucakap presiden Julian Aldrin Pasha kepada media. – Credit to BHarian/AFP 

No comments:

Post a Comment