Sunday 25 December 2011

Rasulullah sangat sayangkan kucing.




Abu Hurairah


Namanya : Abdul Rahman bin Sakhar al-Dusi al-Yamani
Namanya sebelum Islam : Abdu Syams
Dilahirkan  : 19 tahun sebelum hijrah , Di Dus, Yaman
Memeluk Islam pada tahun ke – 7 hijrah, ketika Rasulullah berada di Khaibar
Latar belakang : Yatim sejak kecil, kemudian menjadi salah seorang ahli Suffah di Madinah .
Meninggal dunia : pada 59 hijrah, ketika berusia   78 tahun
Digelaran : Abu Hurairah oleh Rasulullah kerana beliau sangat sukakan kucing


1. TAAT KPD SURUHAN ALLAH & RASUL

1.1 Berasal dari keluarga miskin & tidak mempunyai makanan, namun beliau tidak pernah meminta-minta. Beliau rela mengikat perut kerana kelaparan.

1.2 Setelah pembukaan empayar Islam, kehidupan Abu Hurairah semakin senang.Beliau memiliki harta, isteri & anak-anak. Walaupun begitu, kesungguhannya menuntut ilmu, sifat tawaduk & ketekunan beribadat beliau tidak berubah. Beliau sentiasa berpuasa & berqiamullail.

1.3 Beliau pernah ditugaskan oleh Rasulullah sebagai penjaga gedung harta zakat & beliau menjaganya dengan penuh amanah.

2. CINTA AKAN ILMU PENGETAHUAN

2.1 Walaupun hidup miskin & terpaksa  bekerja diladang kurma untuk menyara kehidupanya , namun keadaan tidak menghalangnya untuk  mununtut  ilmu.

2.2 beliau amat tekun mempelajari & menghafaz al-Quran & hadis.

2.3 Beliau sentiasa mendampingi Rasulullah untuk menimba ilmu daripada baginda.


3. SANGAT KASIH & MENGHORMATI IBU BAPA

Ketika Abu Hurairah memeluk Islam, Ibunya masih kekal  dengan agama asalnya &  ibunya selalu memperkecilkan Rasulullah. Beliau sedih atas perbuatan ibunya & menangis. Beliau menemui Rasulullah meminta  mendoa  ibunya  mendapat hidayah. Setelah Rasulullah berdoa . Abu Hurairah pulang bertemu ibunya dan amat gembira kerana ibunya telah memeluk Islam.


4. MENGASIHI BINATANG

Beliau suka bermain-main dengan seekor anak kucing yang dimasukkan ke dalam lengan bajunya. Sehingga Rasulullah mengelarnya Abu Hurairah ( Bapa Kucing ) 

Beliau memelihara kucing tersebut di atas sepohon pokok pada waktu malam & membawa keluar bersamanya pada waktu siang.
( Minatnya ini timbul setelah mendengar hadis Rasulullah mengenai seorang wanita yang dimasukkan ke Neraka kerana mengurung seekor kucing hingga mati kelaparan







No comments:

Post a Comment