Friday 23 December 2011

Dr Khir dipenjara setahun


Khir Toyo didapati bersalah

23/12/2011 12:27pm

SHAH ALAM 23 Dis. - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta di Seksyen 7 di sini, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Mohamad Khir melalui peguamnya diberi peluang untuk mengemukakan rayuan bagi meringankan hukuman. Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isteri, Zahrah Kechik, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di sini, daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr. Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Credit to: Utusan

No comments:

Post a Comment