Sunday 18 December 2011

Lelaki Melayu Kahwin Sejenis


Dakwaan Lelaki Melayu Kahwin Sejenis Disiasat:Jamil Khir
    
BANGI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata siasatan akan dibuat berhubung penyebaran gambar di Internet yang mendakwa seorang lelaki Melayu 'berkahwin' dengan lelaki warga asing di luar negara.
"Kita akan siasat kerana kadang-kadang kita pun tidak tahu siapa kerana ada rakyat negara lain pun pakai tengkolok juga.
"Jadi, kita tidak tahu adakah itu penggambaran atau peristiwa sebenarnya. Kita tengoklah dulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini haSabtu.
Akhbar pada Sabtu melaporkan sebuah laman web menyiarkan gambar perkahwinan sejenis lelaki yang memakai baju Melayu hitam, bersamping serta tanjak warna emas dan bertengkolok, dipercayai berlangsung di sebuah gereja.
Mengulas kejadian dua solat Jumaat dalam satu qariah tanpa kebenaran yang masih berlaku di beberapa daerah di Terengganu, Jamil Khir berkata kejadian seumpama itu perlu ditangani secara bijaksana oleh Majlis Agama Islam negeri.
"Kalau sekiranya mendirikan solat Jumaat hanya kerana berbeza ideologi dan politik, jadi mungkin menyebabkan Islam itu dipandang begitu berbeza sehingga kerana ideologi politik yang berbeza, kita mendirikan solat Jumaat di tempat berbeza," katanya.
Semalam, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin melahirkan rasa dukacita kerana kejadian itu dikesan masih berlaku di sebelas masjid di daerah Marang, Setiu dan Besut berbanding 23 buah sebelum ini.
"Titah Sultan Mizan itu harus dilihat sebagai sesuatu yang penting untuk diambil perhatian," kata Jamil Khir. 
Credit to: The Star
Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis ‘perkahwinan’ itu berlangsung. Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar ‘suami-isteri’. Terdapat dua keping gambar lelaki warga asing itu sedang bersiap sedia melangsungkan perkahwinan sambil dibantu rakan-rakannya.

Turut menarik perhatian ialah gambar yang menunjukkan lelaki Melayu itu disarungkan cincin oleh pasangannya. Menurut keterangan yang dipaparkan bersama kepingan gambar yang dipercayai dimuatkan pada 20 September itu, pasangan terbabit merupakan klien pertama bagi projek penggambaran majlis perkahwinan golongan homoseksual dikendalikan laman web berkenaan.
Dikatakan dalam blog Rotikaya.com lelaki ini ialah Ariff Alfian Rosli pelajar tajaan PETRONAS di dublin..pelajar di University College Dublin 

No comments:

Post a Comment