Penduduk Aceh kenang 7 tahun tsunami
Orang melihat foto-foto tsunami tahun 2004, di kuburan masal Ulee Lheue di kota Banda Aceh.
Anak-anak berdoa bagi anggota keluarga yang meninggal dalam tsunami tahun 2004, di sekolah asrama mereka di kota Banda Aceh (26/12/2011).Mereka berkumpul di lingkungan masjid dan rumah untuk mengingat korban tewas kerena tsunami yang dipicu oleh gempa bumi bawah laut di Pulau Sumatera tujuh tahun lalu
2011/12/26
JAKARTA: Bagi mengenang tujuh tahun peristiwa Tsunami 2004 yang meragut nyawa lebih 160,000 penduduknya, hari ini lebih 6,000 anggota masyarakat Aceh berkumpul di Padang Golf, Lhok Nga, Aceh Besar, untuk acara berzikir dan berdoa. Acara peringatan peringkat pusat itu turut dihadiri beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jepun. Semasa berucap di acara itu, Gabenor Aceh Irwandi Yusuf, berkata tsunami tujuh tahun lalu itu adalah peristiwa dahsyat yang paling sukar dilupakan. "Peristiwa itu tidak hanya menghancurkan prasarana yang ada tetapi juga sendi kehidupan masyarakat," katanya. Sehubungan itu, Irwandi mengajak masyarakat terus melipatgandakan usaha untuk membangunkan semula ekonomi Aceh supaya negeri itu mempunyai masa depan yang lebih baik.
Pada masa sama, beliau mengingatkan mereka supaya terus berwaspada terhadap bencana gempa bumi dan tsunami kerana Aceh terletak di dua pelantar bumi. Acara peringatan serupa turut diadakan di beberapa tempat lain di Aceh seperti di masjid dan ia diikuti dengan acara ziarah ke makam mangsa tsunami.
Lebih 160,00 penduduk Aceh terbunuh manakala ratusan ribu lagi hilang tempat tinggal dalam bencana tsunami paling dahsyat di negeri itu tujuh tahun lalu yang melanda hampir seluruh kawasan penempatan di sepanjang pantai Aceh.
Bencana selepas gempa bumi berkekuatan 9.3 pada skala Richter berhampiran kawasan Aceh, turut melanda 12 negara lain yang menghadap Lautan Hindi dari Thailand hingga Sri Lanka. Secara keseluruhannya Tsunami 2004 mengorbankan sejumlah kira-kira 230,000 orang di seluruh dunia.
Acara berbentuk pendidikan dan kesedaran turut dianjurkan pihak pentadbiran negeri Aceh untuk mengenang peristiwa itu, seperti yang diadakan di Pusat Penyelidikan Mitigasi Bencana dan Tsunami di daerah kecil Meuraxa, Aceh, kelmarin.
Acara yang dihadiri lebih 1,000 murid sekolah itu melatih mereka supaya sentiasa bersedia dan tahu bagaimana untuk bertindak jika berlaku gempa bumi dan tsunami.
Credit to:- BH/BERNAMA
No comments:
Post a Comment