Google+ Followers

Tuesday, 20 December 2011

Pertempuran di Kaherah berterusan


2011/12/20


 
KAHERAH: Pasukan keselamatan Mesir bertempur untuk hari keempat berturut-turut dengan penunjuk perasaan yang menuntut penamatan pemerintahan tentera ketika angka korban mencecah 12 orang dan walaupun mendapat bantahan antarabangsa. 

Dua orang terbunuh dalam pertempuran di pusat pentadbiran di Kaherah apabila pasukan keselamatan menyerbu untuk menyuraikan penunjuk perasaan.


Pertempuran itu reda sebelum ratusan orang kembali ke Dataran Tahrir — medan tunjuk perasaan yang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak — untuk menghadiri pengebumian seorang penunjuk perasaan.
Bagaimanapun, Majlis Tertinggi Angkatan Tentera yang mengambil alih kuasa Januari lalu menafikan ia mengeluarkan arahan supaya kekerasan digunakan terhadap penunjuk perasaan itu dan menyatakan satu rancangan untuk membakar bangunan Parlimen dapat dipatahkan. - Agensi