Google+ Followers

Thursday, 15 December 2011

Perkara Yang Mengeratkan Persahabatan



Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi 
salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu 
majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya
Huraian Hadith: 

i) Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan
 kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.

ii) Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan 
motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga 
membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.

iii) Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain 
sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya.
Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan 
seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.

Hadis Riwayat Al-Tabrani