Wednesday 14 December 2011

Jalan Kuantan-Sungai Lembing di Seksyen 6 runtuh sepanjang 70 meter


KUANTAN - Laluan memasuki sebuah stesen minyak di Jalan Kuantan-Sungai Lembing di Seksyen 6 di sini runtuh sepanjang 70 meter malam tadi.
    
Tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku hasil tindakan pantas anggota keselamatan menutup laluan ke stesen minyak itu dalam kejadian 10 malam tadi. Lalulintas tidak terjejas kerana jalan utama tidak ditutup.
    
Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Semambu, Datuk Phang Tsu Ming yang meninjau kejadian itu hari ini, berkata kejadian itu berpunca daripada aliran air di bawah jalan itu yang menyebabkan hakisan dan runtuhan tanah di situ.    
    
"Faktor hujan yang berterusan sejak akhir-akhir ini menyebabkan struktur tanah di bawah jalan itu tidak kukuh dan mendap secara tiba-tiba," katanya.
    
Phang berkata satu kajian akan dilakukan pihak perunding yang akan dilantik oleh syarikat minyak terbabit kerana jalan tersebut di bawah kendalian mereka.
   
Beliau berkata kerajaan negeri tidak terlibat dalam membina semula laluan tersebut kerana ia tidak terletak di bawah pakej pelebaran Jalan Kuantan-Sungai Lembing.
    
Peniaga Mohd Che Wan berkata bahawa semasa kejadian beliau terdengar satu dentuman kecil yang disangkanya kemalangan.
    
"Tiba-tiba sebatang tiang elektrik di situ senget lalu tumbang," katanya. 
Credit to:- Sinar/Bernama

No comments:

Post a Comment