Google+ Followers

Friday, 30 November 2012

MAHA 2012 @ SERDANG, SELANGOR


Ab Razak (dua dari kiri) bersama pemilik gerai (dari kiri) Azlina Mat Salleh,  Daud Othman dan Yurati Aini Abu Mansor,  ketika MAHA. - Foto Khairull Azry BidinAb Razak (dua dari kiri) bersama pemilik gerai (dari kiri) Azlina Mat Salleh, Daud Othman dan Yurati Aini Abu Mansor, ketika MAHA. - Foto Khairull Azry Bidin
Ingin menikmati soto Pasir Penambang? Anda tidak perlu bersusah payah memandu sehingga ke Kuala Selangor atau ke Negeri Sembilan untuk menikmati nasi ayam Gemas yang cukup popular pada masa kini atau ke Muar bagi menikmati cita rasa asli mee bandung kerana apa saja sajian makanan yang popular di negara kita boleh dinikmati dengan berkunjung ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2012). 



Seperti penganjuran terdahulu, bahagian Sajian Popular Malaysia sering kali menjadi lokasi pilihan pengunjung MAHA yang ingin menikmati sama sajian dari negeri kelahiran mereka atau menu popular yang menjadi buah mulut kerana keenakan rasa masakan itu. 



 

Menurut Ab Razak, di kalangan 85 peniaga itu, ada yang pernah menyertai MAHA sebelum ini dan ada yang pertama kali dijemput berniaga. 
Antara yang baru Cendol Kampung Jiboi Baru Seremban yang mempunyai keunikan tersendiri dan ABC Larkin Bomba yang terkenal di kawasannya serta Apom Lenggang yang popular sebagai sarapan pagi di Kedah. 


Sudut Agrobazaar 

Sementara itu, di sudut Agrobazaar, pengunjung dapat membeli hasil keluaran
 usahawan bimbingan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan bimbingan agensi di beberapa kementerian lain. 

Tiga kawasan disediakan untuk usahawan di bawah Agrobazaar iaitu di Khemah Utama membabitkan 340 pengusaha yang menjalankan perniagaan makanan sejuk beku dan minuman manakala di Arabian Canopy ada 80 pengusaha yang mengendalikan perniagaan makanan dan minuman. 


Sementara Dewan D menempatkan 100 usahawan yang menjalankan perniagaan produk berasaskan herba, produk bukan makanan termasuk kraf tangan.
Untuk MAHA kali ini, 85 gerai disediakan dari seluruh negeri di Malaysia yang pastinya memenuhi cita rasa pengunjung. Pada masa dapat memperkenalkan sajian istimewa yang mungkin jarang ditemui pada masa ini kepada golongan muda khususnya. 



Medan luaskan pasaran 

Pengarah Kanan Pembangunan Usahawan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Ab Razak Ab Majid, berkata pengunjung ke MAHA 2012 dapat menikmati makanan kegemaran mereka dan merasai keenakan makanan popular daripada peniaga makanan yang dipilih FAMA negeri. 

“FAMA mengenal pasti keenakan sajian mereka untuk diketengahkan kepada pengunjung MAHA yang juga menjadi landasan terbaik peniaga memperluaskan lagi pasaran di Lembah Klang dengan cara membuka cawangan,” katanya.
Photo: Mengambil kesempatan dalam pelbagai situasi... Bila lagi kan?

Masjid untuk gay dibuka


PARIS: Masjid mesra gay dan lesbian pertama di Eropah mula dibuka semalam di pinggir timur Paris dan bakal mencabar tradisi aliran perdana Islam yang menentang hubungan seks sejenis.

Masjid itu dibina dalam ruang kecil dalam sebuah rumah sami Buddha dan membenarkan pengunjung terdiri daripada gay dan lesbian duduk bersama ketika solat walaupun berlainan jantina.

Pengasasnya Ludovic-Mohamed Zahed adalah aktivis gay Perancis Algeria yang didakwa mengamalkan ajaran Islam.

Di masjid yang dilabel sebagai “masjid mesra gay” pertama di Eropah itu turut menggalakkan wanita menjadi imam solat Jumaat. Ruang solat pula dibina daripada cermin dan menghadap sebuah taman yang dihiasi pelbagai simbol Buddha.

Kata Zahed, 35, ia adalah masjid yang inklusif secara radikal dan menerima orang ramai seadanya.

“Ada keperluan masjid ini dibuka kerana keahlian Muslim Homoseksual Perancis meningkat kepada 325 orang berbanding cuma enam orang ketika ia ditubuhkan dua tahun lalu,” katanya.

Setakat ini masjid berkenaan hanya dibuka untuk solat Jumaat dan mula beroperasi ketika pemimpin pelbagai agama di Perancis mengemukakan petisyen membantah rancangan kerajaan Sosialis menghalalkan perkahwinan pasangan gay.

Tiga lelaki gay dilantik menjadi imam di situ.

Masjid berkenaan tidak disokong mana-mana institusi Islam rasmi dan kebanyakan imam menentang pembukaannya.

Pegawai Majlis Muslim Perancis, Abdallah Zekri, berkata mereka sedar kewujudan komuniti gay beragama Islam tetapi membuka masjid khusus untuk mereka adalah keterlaluan. Rektor Masjid Paris, Dalil Boubakeur, berkata projek Zahed itu berada “di luar komuniti Islam Perancis. - Reuters

Bina Semangat Bekerja Dengan Positif Dan Zikir

Berdedikasi, motivasi melaksana tugas hasilkan impak positif


Bekerja dan bekerja dengan bersemangat pada asasnya adalah perkara sama tetapi memberi kesan atau hasil yang berbeza. Individu yang berbeza pula, walaupun melaksanakan kerja yang sama, boleh menatijahkan hasil kerja yang berbeza sekiranya melaksanakannya dengan bersemangat. 

Bekerja dengan semangat bermaksud bekerja dengan kesungguhan dan sepenuh hati termasuklah dengan minat dan dedikasi. Ia juga disebut sebagai dorongan dan motivasi kerja. Semangat bekerja inilah yang sangat dituntut dalam Islam. 

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang melaksanakan kerjanya dengan kesungguhan.” (Riwayat al-Baihaqi). Pesanan lain Rasulullah SAW ialah menerusi sabdanya: “Jangan lemah” (Riwayat Muslim). Abu Umamah ra pula meriwayatkan bahawa Baginda berpesan supaya berdoa untuk menjauhkan diri daripada sifat berkeluh kesah, berdukacita, bakhil, lemah, malas, bebanan hutang dan tekanan individu. Justeru, ajaran Islam amat menekankan budaya kerja dengan bersemangat serta tanpa putus asa. 

Rasulullah SAW juga mengingatkan majikan menyegerakan pem upah dengan sabdanya: “Bayarlah upah sebelum kering peluhnya” yang menunjukkan pentingnya bekerja dengan semangat dan menjaga momentum semangat itu melalui ganjaran segera daripada majikan.

Nilai sesuatu kualiti kerja

Peribahasa Melayu - membujur lalu melintang patah - pula menunjukkan semangat dan kegigihan melakukan kerja kerana walau apapun terjadi tujuan mesti dicapai dan tiada yang dapat menghalang. Justeru, satu daripada nilai yang boleh mengubah kualiti kerja terletak juga pada semangat pekerja tersebut. 
Namun, dalam bekerja kita tidak dapat lari daripada berhadapan dengan pelbagai cabaran, masalah, kesukaran, kerenah sama ada oleh pelanggan atau warga organisasi sendiri yang boleh mempengaruhi emosi dan semangat kerja. Justeru, perlu difahami bahawa turun naiknya emosi yang mempengaruhi semangat adalah lumrah dan tabiat semula jadi manusia. 

Seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Farabi dalam al-Madinah al-Fadhilah mengenai sifat manusia, bekerja dengan semangat bukan bererti kita perlu menyingkir semua perasaan kurang selesa seperti gusar, gundah, risau, stres, sedih dan marah tetapi bagaimana mengawalnya daripada melemah atau menghilangkan semangat bekerja atau bagaimana menukarkan tekanan dan cabaran itu kepada semangat kerja yang lebih berdaya tahan. 

Hal ini sangat penting kerana anggota organisasi itulah yang akan memacu keuntungan dan kejayaan. Justeru, senjata pemulihan dan vitamin dalam membina dan mengawal motivasi kerja adalah dengan berzikir. Allah berfirman yang bermaksud: “Maka ingatlah kamu kepadaKu, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).” (Surah Al Baqarah, ayat 152)

Zikir bermaksud mengingati Allah SWT dalam detik hati, lidah dan setiap amalan kebaikan sama ada secara umum seperti dalam melaksanakan kerja seharian atau secara khusus seperti mengerjakan solat, membaca al-Quran, berdoa dan berzikir seperti tasbih, tahlil, tahmid dan takbir. Firman Allah bermaksud: “Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hati dengan merendah diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” (Surah al-A’raf: Ayat 205)

Imam al-Hakim dalam al-Mustadrak menukilkan sabda Rasulullah SAW: “Mahukah kalian aku beritahu tentang perbuatan kalian yang paling baik, paling suci di sisi Tuhanmu, paling tinggi dalam mengangkat darjatmu dan paling baik bagi kalian daripada bersedekah emas dan perak serta lebih baik bagi kalian daripada bertemu dengan musuh-musuh kalian, sehingga kalian akan memukul leher mereka dan mereka akan memukul leher kalian?” Para sahabat menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Rasulullah SAW bersabda: “Perbuatan itu adalah berzikir kepada Allah”. (Riwayat al-Tirmizi & Ibnu Majah)

Jaminan ketenangan jiwa

Pelbagai kelebihan berzikir mendekatkan diri dengan pelbagai rahmat Allah termasuk ketenangan jiwa, keampunan dosa, perluasan rezeki daripada sumber tidak diduga kemudahan daripada kesukaran dan kesenangan daripada kepayahan. Justeru, yakinlah kita akan menjadi kuat apabila kita sering berhubung dengan Allah SWT. 

Besarnya impak pekerja yang mengingati Allah dengan tidak diibaratkan oleh Rasulullah seperti antara mereka yang hidup dan mati. Justeru, sebagai pekerja marilah kita memperbanyakkan mengingati Allah SWT tanpa leka melalui amalan wajib khasnya solat dan memperbanyakkan berdoa dan berzikir termasuklah semasa menjalankan kewajipan bekerja sebagai ‘vitamin’ penyuntik semangat di mana saja kita berada dan dalam apa jua urusan yang kita laksanakan.


Credit: Prof Madya Dr Syarifah Hayaati Syed Ismail

Tenang di tempat kerja


Persekitaran kondusif cegah penyakit 


Adakah anda mempunyai ketua yang cerewet atau rakan sekerja yang sukar untuk berkerja bersama? Apabila ditambah pula dengan timbunan kerja untuk di siapkan dan tidak cukup masa, semua itu memang menyebabkan anda menghadapi tekanan. 


Terdapat banyak aspek persekitaran kerja sehingga kita tidak dapat mengawal tetapi sebenarnya boleh mengambil tindakan untuk menguruskan tekanan supaya ia tidak memberi kesan kepada kesejahteraan anda. 


Tekanan di tempat kerja banyak dikaitkan dengan masalah kesihatan yang serius termasuk serangan jantung. Badan anda mengeluarkan lebih banyak hormon kortisol bagi bertindak balas kepada tekanan. 

Ia merangsang selera makan yang tinggi kepada makanan yang tinggi lemak, gula serta meningkatkan penyimpanan lemak di bahagian perut. 

Satu kajian pekerja yang sedang menghadapi proses penstrukturan mengurangkan pekerja di sebuah syarikat mendedahkan bahawa tekanan kerja yang kronik membawa kepada pertambahan berat badan. 









Penyelidikan juga menunjukkan bahawa tekanan kerja berlebihan adalah faktor risiko bebas untuk tekanan darah tinggi di tempat kerja, rumah ataupun ketika tidur. 


Jadi mesra rakan sekerja 

Kenali rakan sekerja anda. Tanyalah aktiviti pada hujung minggu mereka, minta pandangan atau makan tengah hari bersama-sama. 


Hubungan rakan sekerja yang mesra menjadikan tempat kerja lebih menyenangkan untuk semua orang dan kajian juga menunjukkan bahawa pandangan yang positif akan menular. 

Berikan pujian ikhlas, senyum secara kerap. Ia akan meningkatkan emosi anda dan menggalakkan orang di sekeliling menjadi ceria. 

Salah faham adalah punca konflik di kebanyakan tempat kerja. Jelaskan butiran dan jangkaan untuk tugasan setiap kerja. Pastikan anda fahami setiap perkara jika anda di pilih keluar untuk tugasan. 

Berkerja bersama rakan sekerja yang menjengkelkan hendaklah diuruskan dengan tegas dan secara terus. Jika tidak tingkah lakunya boleh menjadi lebih teruk. 

Jika rakan sekerja mengganggu perhatian anda secara langsung dengan mencampuri hal peribadi, berbincang secara peribadi dengan mereka dan jangan hanya kecewa dengan situasi tersebut. Jika ia berterusan, bincang dengan pihak pengurusan anda. 

Biarkan Berlalu 

Anda boleh membiarkan diri disakiti dan sedih dengan apa yang berlaku di tempat kerja atau memberi tindak balas berbeza. Sebaliknya, melihat ia sebagai satu peluang untuk mempamerkan kemahiran, bakat dan kerjasama atau bercakap dengan penyelia anda. 

Amalkan bernafas secara penuh dan dalam beberapa kali untuk mengosongkan fikiran anda dan menjurus ke arah yang lebih positif. 

Amal Penjagaan Diri 

Senaman berserta pemakanan yang baik hendaklah seiring dengan masa ketika berseronok dan bersantai bagi meningkatkan keupayaan anda untuk menghadapi tekanan. 


Mempertimbangkan untuk berjalan seketika di waktu rehat atau bertemu rakan untuk makan tengahari. 

Belajar teknik pernafasan ketenangan dan senaman regangan yang anda boleh lakukan di meja anda. Pilih makanan berkhasiat yang tinggi tenaga ketika hidangan dan kudapan. 

Pupuk rasa lucu yang sihat dengan mencari detik menggelikan hati dalam kehidupan seharian di tempat kerja. 

Jika sudah berusaha sebaik mungkin mengurangkan tekanan anda dan perbincangan dengan pengurus masih tidak membantu, dapatkan nasihat daripada jabatan sumber manusia atau wakil perhubungan pekerja. 

Sesetengah majikan menyediakan program bantuan pekerja yang menawarkan perundingan dengan kaunselor profesional bagi perkara berkaitan peribadi dan isu-isu di tempat kerja. 

Jika majikan anda menawarkan manfaat ini, jangan teragak-agak untuk menggunakannya. 



Buat Perubahan 

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan di tempat kerja yang negatif dan hidup dengan tekanan kronik bukanlah satu penyelesaian jangka panjang. 

Tiada kerja yang bebas tekanan tetapi jika pekerjaan anda sekarang tidak bersesuaian dengan minat, bakat dan matlamat anda, buat perancangan untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik untuk diri anda. Ingat dan sentiasa amalkan, kurangkan tekanan untuk kehidupan yang ceria dan tenang.



Credit: Mohd Hoesni B. Rahmat

Redhalah atas segala ketentuan Allah

Pembuka Pintu-Pintu Rezeki


"Allahuma yassir wa laa tu'assir"
"Ya Allah, mudahkanlah jangan dipersulit."



Akhlak dan Peribadi Muslim...


Sabda Rasulullah SAW tentang Akhlak

Untuk keamanan, kebahagiaan dan kedamaian hidup di dunia dan Akhirat, 
manusia perlu model atau contoh untuk diikuti. Justeru manusia, walaupun
telah ALLAH bekalkan fitrah ingin mencintai dan dicintai tidak akan dapat 
melakukannya dengan sempurna jika tidak ada contoh. Begitulah rahmat 
dan kasih sayang ALLAH. Sentiasa menunjukkan jalan-jalan keselamatan 
buat hamba- hamba-Nya. Tinggal lagi apakah manusia itu mahu atan 
tidak mahu mencontohinya, itu sahaja.

Maka atas dasar itu dengan rahmat ALLAH, Dia telah mengutuskan seorang
manusia bernama Muhammad bin Abdullah sebagai Rasul-Nya di atas muka 
bumi ini 1400 tahun yang lampau. ALLAH telah lengkapkan Rasul itu dengan 
sifat yang sempurna lahir dan batin. ALLAH telah memelihara peribadinya 
daripada sebarang kesalahan dan cacat-cela, agar dia menjadi contoh yang 
agung kepada manusia lain.

Dengan segala pemeliharaan itu maka jadilah Rasulullah SAW manusia yang
paling tinggi akhlaknya. Sama ada akhlak dengan ALLAH mahupun akhlak 
sesama manusia.

Oleh itu tidak hairanlah jika ALLAH sendiri memuji Rasulullah SAW dalam 
Al Quran dengan firman-Nya:"Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai
akhlak yang sangat agung." (Al Qalam: 4)

Al hasil, terbentuklah Rasulullah SAW itu sebagai insan kamil yang menjadi 
lambang segala kebaikan. Nabi Muhammadlah manusia yang paling sempurna. 
Seluruh himpunan sifat baik telah dipakaikan oleh ALLAH pada diri Rasulullah
SAW. Itulah gambaran betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW kepada
seluruh makhluk. Bukan sahaja kepada manusia bahkan juga kepada binatang. 
Bukan sahaja kepada orang Islam tetapi juga kepada yang bukan Islam. 
Maka atas dasar itulah ALLAH SWT telah menegaskan dalam Al Quran 
bahawa kedatangan Rasulullah SAW itu adalah sebagai pembawa rahmat.

Firman ALLAH:
" Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk rahmat 
kepada sekalian alam." (Al Anbia: 107) .

Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak 
manusia." (Riwayat Malik)

Di sini saya hanya ingin menggambarkan tentang kasih sayang, iaitu satu
aspek daripada akhlak Rasulullah SAW yang sangat perlu untuk manusia. 
Setidak-tidaknya untuk keselamatan mereka di dunia walaupun tidak di 
Akhirat. Kasih sayang Rasulullah SAW terhadap manusia tidak ada 
tandingannya. Mari kita lihat bukti bagaimana dan betapa kasih sayang 
Rasulullah SAW melalui dua sudut.

Jika kita membaca Al' Quran dan meneliti Hadis Rasulullah SAW, maka kita
akan dapati betapa Rasulullah SAW itu sangat pengasih sekalipun kepada 
anak kecil ataupun binatang. Di antara ayat Quran yang menunjukkan 
betapa tingginya rasa kasih Rasulullah SAW itu ialah sewaktu ALLAH 
SWT berfirman: 

"Telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri. 
Berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan 
dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap
orang-orang Mukmin." (At Taubah: 128)

Dalam ayat yang lain ALLAH SWT telah berfirman:
"Maka dengan rahmat ALLAH-lah kamu dapat berlaku lemah-lembut dan

kasih sayang pada mereka. "(Ali Imran: 159 )

Allah berfirman lagi:
"Dan jikalau kamu berkasar dan berkeras hati nescaya mereka akan

menjauhkan diri darimu. "(Ali Imran: 159)

Di antara Hadis yang menunjukkan betapa besarnya kasih sayang Rasulullah

SAW ialah:"Barang siapa yang tidak mengasihi manusia, dia tidak dikasihi 
ALLAH. "(Riwayat At Termizi)

"Kasihilah siapa sahaja yang ada di bumi nescaya akan mengasihi kamu 

siapa-siapa sahaja (malaikat) yang di langit." (Riwayat Abu Daud)

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia 

(termasuk meratakan kasih sayang).Sebaik-baik manusia ialah mereka 
yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada
 orang lain)." (Riwayat At Tabrani)

"Berbaktilah kepada kedua ibu bapa kamu, maka akan. berbakti anak-anak

kamu kepada kamu (termasuk memberi kasih sayang)." (Riwayat Al Hakim)

"Sesungguhnya orang yang paling hampir dengan tempatku di kalangan kamu

ialah yang paling cantik akhlaknya, mereka menghormati orang lain dan 
mereka senang bermesra dan dimesrai.

Orang Mukmin itu ialah yang mudah mesra dan dimesrai, dan tiada kebaikan
pada mereka yang tidak boleh bermesra dan dimesrai. Dan sebaik-baik 
manusia ialah yang banyak memberi manfaat kepada manusia." (Riwayat 
Al Hakim dan Al Baihaqi)

"Sesiapa yang tidak mengasihi orang kecil kami, sedangkan dia tahu

kewajipan sebagai orang besar kami maka bukanlah dia dari golongan
kami." (Riwayat Al Bukhari)

"Siapa yang berbuat baik (beri kasih sayang) kepada anak yatim lelaki atau 
perempuan, adalah aku dan dia di dalam Syurga seperti dua ini (ditunjukkan
dua jarinya yang dirapatkan)." (Riwayat Al Hakim)

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik 
akhlaknya. “ (Riwayat Abu Dawud, Ahmad dan At-Tirmidzi )

“Penyebab utama masuknya manusia ke surga adalah bertakwa kepada 

Allah dan kebaikan akhlaknya. “ ( Riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Majah )

“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat 

duduknya dari pada hari kiamat adalah orang yang paling baik 
akhlaknya.” ( Riwayat At-Tirmidzi )

“Saya menjamin sebuah rumah yang paling tinggi tingkatannya di 

syurga bagi orang-orang yang berbudi pekerti. “ ( Riwayat At-Tirmidzi )

“Sesungguhnya orang mukmin dengan akhlaknya yang baik akan 




mendapatkan kedudukan yang sama dengan orang yang (rajin) 
melaksanakan puasa dan shalat malam. “ (Riwayat Abu Dawud)

"Barangsiapa yang menghindari perdebatan dalam keadaan ia bersalah
 nescaya Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di sekitar
syurga. Barangsiapa yang menghindari perdebatan dalam keadaan ia 
benar niscaya Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di 
tengah-tengah surga. Dan barangsiapa yang baik akhlaknya niscaya 
Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di ketinggian 
syurga. (HR.Abu Dawud, Ath-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat 
kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah 
menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan 
daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau 
memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku
yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih
aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan,
dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk 
membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam 
hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama
saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu 
hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya 
(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang 
buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.”
(Riwayat Ibnu Abi Dunya)


Allah SWT berfirman :“ Dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat 
itu mencegah dari ( perbuatan-perbuatan ) keji dan mungkar. “ 
( Al-Ankabut :45 )

Subhanallah ! Jika shalat seseorang itu belum mampu mencegah dari 
perbuatan keji dan mungkar, maka shalatnya baru sebatas olah raga. 
Ia telah shalat, namun shalatnya belum memperbaiki akhlaknya. 

Dalam sebuah hadits qudsi Allah SWT berfirman :“ Sesungguhnya Aku 
menerima shalat dari seseorang yang mengerjakannya dengan khusyuk 
karena kebesaran-Ku, dan ia tidak mengharapkan anugerah dari shalatnya 
karena sebagai hamba-Ku (makhluk-Ku), dan ia tidak menghabiskan waktu 
malamnya karena bermaksiat kepada-Ku, menghabiskan waktu siangnya
untuk berdzikir kepada-Ku, mengasihi orang miskin, ibnu sabil, mengasihi 
anda dan menyantuni orang yang sedang terkena musibah.”Ingatlah, bahwa
seluruh aturan syariat Islam terdapat akhlak didalamnya. 

Dapatkah anda menyaksikan adanya hubungan antara ibadah (shalat) dan
akhlak (rendah hati dan kasih sayang)? Ingatlah, jika shalat anda belum 
memberikan nilai-nilai kasih sayang terhadap sesama manusia, maka anda 
belumlah memetik buah shalat anda secara sempurna.

"Sesungguhnya di kalangan kamu yang lebih dikasihi ALLAH ialah 
mereka yang senang bermesra dan dimesrai. Sebaliknya yang 
paling dibenci ALLAH ialah mereka yang suka menabur fitnah dan
memecah belahkan persaudaraan."


Credit: Cahaya Mukmin

kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya



Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.

Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu.

Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan sekalipun.

kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya



Credit:cahayamukmin

kemaluan disimbah asid


Rogol gadis bawah umur, kemaluan disimbah asid

GEORGETOWN 30 Nov. - Gara-gara memperkosa gadis bawah umur, kemaluan seorang lelaki disimbah asid oleh ahli keluarga mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jelutong petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Nasir Salleh berkata polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada hari yang sama dan sedang mengesan beberapa orang lagi yang terlibat.

"Lelaki berusia 18 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian itu bermotifkan dendam susulan terdapat ahli keluarga mereka yang berusia 16 tahun diperkosa lelaki terbabit dalam sebuah tandas pasar raya di pusat bandar pada Rabu minggu lepas.

Difahamkan lelaki dan gadis berkenaan berkenalan di laman sosial Facebook sebelum berjumpa di pasar raya berkenaan.

Nasir berkata lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, ahli keluarga gadis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Hasad Dengki | Pemusnah Kebaikan


Bersatunya sebuah masyarakat bergantung kepada saling tolong membantu antara satu sama lain. Pergantungan ini bukan sahaja di peringkat yang lebih besar, malah ianya bermula di peringkat paling kecil iaitu di dalam sebuah keluarga. Seterusnya akan terbentuk di kalangan rakan-rakan sejawat di pejabat atau tempat kerja.
Persoalannya, mampukah membentuk sebuah masyarakat atau komuniti yang hebat dan berjaya, jika terdapat perasaan mazmumah dalam diri iaitu hasad dengki? Pertalian persaudaraan antara keluarga mampu tergugat jika ada di kalangan ahli keluarga yang berhasad dengki. Hubungan sesama rakan sekerja mampu goyah jika perasaan buruk ini menular di pejabat atau tempat kerja. Dan apa yang paling jelas ialah permuafakatan sesebuah masyarakat setempat atau kejiranan pastinya tiada jika sifat dengki mendengki menghantui kehidupan.
Seorang pujangga arab pernah berkata, “Orang hasad dengki hidupnya tidak akan senang dan orang yang bakhil tidak akan berbudi, dan tidak dapat dijadikan kawan bagi orang yang selalu merasa jemu dan tidak ada jiwa kemanusiaan bagi seorang pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.”
Sabda Rasulullah s.a.w, “Hindarilah sifat dengki kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering.” (HR Bukhari dan Muslim). Ini bermaksud hasad dengki akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh orang yang dengki selagi dia tidak insaf dan menjauhkan diri dari sifat buruk itu.
Cuba kita renungkan kembali kepada sejarah Islam, bagaimana sifat dengki syaitan telah menyebabkan Adam a.s telah dikeluarkan dari syurga. Dan sifat dengki jugalah yang menyebabkan berlakunya pembunuhan pertama dalam sejarah Islam iaitu antara Qabil dan Habil. Segala sifat hasad dengki itu dibelenggu oleh iblis dan syaitan durjana dan mereka yang dikuasai dengan perasaan ini tentunya mempunyai keimanan yang lemah dan tidak sempurna. Jika tidak, masakan pula sifat mazmumah itu mampu bersarang dan bertahan dalam dirinya.
Sabda nabi s.a.w, “Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan hasad dengki.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi).
Namun demikian, masih terdapat ciri-ciri dengki yang dibenarkan dalam Islam. Dengki yang diharuskan hanyalah dengki yang menjadikan manusia itu berebut-rebut untuk melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang sepertinya. Dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah s.w.t harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah s.w.t ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain.” (Riwayat Hadith al-Bukhari).
Orang yang berhasad dengki hidupnya tidak akan tenteram. Dia bukan sahaja dimurkai oleh Allah s.w.t, malah pemikirannya juga sentiasa bercelaru kerana asyik memikirkan ketidakpuasan hati terhadap orang lain. Sifat dengki akan mewujudkan permusuhan. Manusia seperti ini sentiasa merasakan dialah yang terbaik, jadi dia akan gelisah jika ada orang lain melebihinya. Paling hina sekiranya dengki itu menyebabkan dorongan kepadanya melakukan sesuatu tindakan semata-mata untuk menjatuhkan orang lain, seterusnya boleh mengundang sifat mazmumah yang lain seperti fitnah-memfitnah, pergaduhan, pembohongan, putus silaturahim, penghinaan dan lain-lain. Malah tidak hairan jika sifat dengki juga boleh mengakibatkan pembunuhan. Semua kejahatan ini akan wujud ekoran dari perasaan hasad dengki selagi ianya tidak dijauhkan.
Firman Allah s.w.t, “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia mendengki.” (Al-Falaq: 5)
Bermuhasabah diri. Banyakkan berdoa dan bertaubat kepada Allah, mudah-mudahan Allah s.w.t akan menyelamatkan kita dari sifat syaitan durjana itu. Mudah-mudahan dengan menjauhkan diri kita dari sifat hasad dengki akan mampu menjadikan diri kita lebih kuat jiwa, fizikal dan mental untuk menempuh kehidupan yang serba mencabar ini. Bukankah kita mahu menjadi umat yang terbaik? Insya-Allah. Wallahu’allam.

Lakukanlah Sesuatu Kerana Allah...


Daripada az-Zubair Nabi s.a.w bersabda, “Telah merebak kepada kamu semua penyakit umat-umat yang sebelum kamu iaitu hasad dan kebencian”. Dalam Sohehain Nabi s.a.w bersabda, “Janganlah kamu saling membenci, janganlah saling memutuskan persaudaraan, janganlah saling memalingkan muka, jadilah kamu semua hamba Allah s.w.t yang bersaudara.” Manakala dalam hadis yang lain Nabi s.a.w berkata, “Sesungguhnya hasad dengki itu memakan kebaikan-kebaikan sepertimana api yang memakan (membakar) kayu api.”
Kenapa perlu cemburu jika ada rakan-rakan diberi pujian oleh majikan? Kenapa perlu merasakan bahawa hanya kita sahaja diberikan banyak tugasan, sedangkan dalam masa yang sama menganggap orang lain hanya goyang kaki?
Sifat hasad pasti tidak wujud dalam diri seseorang jika segala urusan yang diamanahkan dibuat secara ikhlas hanya kerana Allah s.w.t. Redha dengan apa yang dikurniakan Allah s.w.t. Malang sungguh jika orang yang mempunyai hasad dengki itu datangnya daripada mereka yang sepatutnya sangat arif tentang ilmu agama, atau lebih tepat digelar sebagai ustaz atau ustazah.
Hargailah rakan-rakan sekerja.. jangan kerana sikap hasad dengki menyebabkan kita memandang rendah kebolehan sahabat-sahabat yang lain. Masing-masing ada tugasan dan peranan tersendiri, lakukanlah mengikut kemampuan. Jangan pula disebabkan rasa terbeban, maka kita menuduh rakan yang lain bergoyang kaki, sedangkan mungkin tanggungjawab dia lebih banyak berbanding kita.

Kesimpulannya,
1. Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.
2. Jika wujud perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.
3. Seorang pujangga Arab pernah berkata: “Orang hasad tidak akan senang hidupnya, orang yang bakhil tidak akan berbudi, tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu, dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.”
4. Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang seumpamanya.
Firman Allah di dalam surah Al-Hadid (ayat 21), “Berlumba-lumbalah kamu sekelian untuk mendapatkan keampunan Tuhan Mu.” Semoga kita semua terlepas dari seksaan api neraka.

Credit: Wirasutra

Thursday, 29 November 2012

Palestin kini berstatus Negara Pemerhati


PBB naik taraf Palestin, Israel bantah

30 November 2012
PBB naik taraf Palestin, Israel bantah
Mahmoud Abbas melambai ke arah perwakilan ketika berucap di Perhimpunan Agung PBB semalam. - Foto EPA
NEW YORK - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menaikkan taraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota meskipun keputusan itu dikecam keras oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS).

PBB memberikan taraf itu lebih seminggu selepas gencatan senjata dicapai di wilayah Gaza, yang diserang selama lapan hari berturut-turut oleh Israel.

Sejurus selepas keputusan itu diumumkan, Presiden Palestin Mahmoud Abbas memberitahu Perhimpunan Agung bahawa undi itu peluang terakhir untuk menyelamatkan penyelesaian dua negara membabitka
n Israel.