Sunday, 18 November 2012

Jangan jemur pakaian di dalam rumah



WALAUPUN musim hujan sekarang, jangan menyidai pakaian yang baru dibasuh di dalam rumah kerana ia menggalakkan pembiakan kuman.


MUSIM tengkujuh sekarang menyebabkan sebahagian orang menyidai pakaian yang baru dibasuh di dalam rumah tetapi perbuatan itu sebenarnya boleh memacu penyakit asma.
Menurut penyelidik dari Sekolah Arkitek Mackintosh, Glasgow, Scotland, Malcolm Richardson, perbuatan itu akan meningkatkan kelembapan udara sehingga 30 peratus.
Kajian ke atas 100 buah rumah di Scotland mendapati, sebanyak 87 peratus penduduk menyidai pakaian mereka di dalam rumah.
“Hampir tiga perempat rumah memiliki tahap kelembapan yang tinggi sekali gus menggalakkan perkembangan kuman serta tungau.
“Keadaan ini turut mendorong peningkatan risiko asma serta penyakit berkaitan alergi lain,” dakwa Richardson.
Credit:Kosmo

No comments:

Post a Comment