Tuesday, 6 November 2012

JANGAN SUKA MENCELA ORANG LAIN...




Imam Al-Sakhawi dalam kitab Al-I'lam bi Al-Taubikh menyebut beberapa ulamak yang hilang hafalanya, tidak bermanfaat ilmunya, bahkan dia mati dalam kehinaan kerana dia sering mencela orang lain dalam dakwahnya.

Walaupun ilmunya banyak, tetapi dia menggunakan ilmunya dengan cara yang salah, dia menjatuhkan orang lain tanpa dia sedari, setiap kuliah agamanya dia bercakap seolah-olah hanya dia yang hebat.. Sesungguhnya Allah melaknat mereka ini..Nauzubillah Hi Minzalik..

Salah satunya adalah al-Hafiz Ibn Sind Al-Lakhami yang meninggal pada 792H, seorang pakar hadis dari Mesir. Beliau pernah menimba ilmu daripada ulama besar seperti Al-Hafiz Al-Zahabi, Tajuddin Al-Subki, Dan Ibn Kathir. Akibat sering mencela orang lain, semasa akhir hayatnya kebanyakkan ilmu yang telah dipelajarinya telah dilupainya, termasuklah ayat-ayat Al-Quran yang dihafalnya...

Selain itu seorang lagi ulamak besar yang telah kecundang kerana akhlaknya adalah Muhammad bin Abdillah bin Abi Bakar Al-Rimi. Beliau sangat terkenal sering mencela atau memperlekehkan Imam Al-Nawawi. Dimana Imam Al-Sakhawi berkata bahawa "Ulama ini meninggal dunia dengan lidah yang terpesong dan berwarna hitam.."

"Tidak kira siapa kita, ulamak besar atau siapa pun..jika tiada akhlaknya..pasti akan dipandang hina oleh Allah.."

NAUZUBILLAHI MIN ZALIK

credit:Nurmuslim

1 comment: