Friday, 30 November 2012

MAHA 2012 @ SERDANG, SELANGOR


Ab Razak (dua dari kiri) bersama pemilik gerai (dari kiri) Azlina Mat Salleh,  Daud Othman dan Yurati Aini Abu Mansor,  ketika MAHA. - Foto Khairull Azry BidinAb Razak (dua dari kiri) bersama pemilik gerai (dari kiri) Azlina Mat Salleh, Daud Othman dan Yurati Aini Abu Mansor, ketika MAHA. - Foto Khairull Azry Bidin
Ingin menikmati soto Pasir Penambang? Anda tidak perlu bersusah payah memandu sehingga ke Kuala Selangor atau ke Negeri Sembilan untuk menikmati nasi ayam Gemas yang cukup popular pada masa kini atau ke Muar bagi menikmati cita rasa asli mee bandung kerana apa saja sajian makanan yang popular di negara kita boleh dinikmati dengan berkunjung ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2012). 



Seperti penganjuran terdahulu, bahagian Sajian Popular Malaysia sering kali menjadi lokasi pilihan pengunjung MAHA yang ingin menikmati sama sajian dari negeri kelahiran mereka atau menu popular yang menjadi buah mulut kerana keenakan rasa masakan itu. 



 

Menurut Ab Razak, di kalangan 85 peniaga itu, ada yang pernah menyertai MAHA sebelum ini dan ada yang pertama kali dijemput berniaga. 
Antara yang baru Cendol Kampung Jiboi Baru Seremban yang mempunyai keunikan tersendiri dan ABC Larkin Bomba yang terkenal di kawasannya serta Apom Lenggang yang popular sebagai sarapan pagi di Kedah. 


Sudut Agrobazaar 

Sementara itu, di sudut Agrobazaar, pengunjung dapat membeli hasil keluaran
 usahawan bimbingan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan bimbingan agensi di beberapa kementerian lain. 

Tiga kawasan disediakan untuk usahawan di bawah Agrobazaar iaitu di Khemah Utama membabitkan 340 pengusaha yang menjalankan perniagaan makanan sejuk beku dan minuman manakala di Arabian Canopy ada 80 pengusaha yang mengendalikan perniagaan makanan dan minuman. 


Sementara Dewan D menempatkan 100 usahawan yang menjalankan perniagaan produk berasaskan herba, produk bukan makanan termasuk kraf tangan.
Untuk MAHA kali ini, 85 gerai disediakan dari seluruh negeri di Malaysia yang pastinya memenuhi cita rasa pengunjung. Pada masa dapat memperkenalkan sajian istimewa yang mungkin jarang ditemui pada masa ini kepada golongan muda khususnya. 



Medan luaskan pasaran 

Pengarah Kanan Pembangunan Usahawan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Ab Razak Ab Majid, berkata pengunjung ke MAHA 2012 dapat menikmati makanan kegemaran mereka dan merasai keenakan makanan popular daripada peniaga makanan yang dipilih FAMA negeri. 

“FAMA mengenal pasti keenakan sajian mereka untuk diketengahkan kepada pengunjung MAHA yang juga menjadi landasan terbaik peniaga memperluaskan lagi pasaran di Lembah Klang dengan cara membuka cawangan,” katanya.
Photo: Mengambil kesempatan dalam pelbagai situasi... Bila lagi kan?

No comments:

Post a Comment