Monday, 26 November 2012

USIA MAIN PERANAN DAULATKAN PERKEMBANGAN ISLAM DI SABAH







KOTA KINABALU: Pertubuah Islam Seluruh Sabah (USIA) yang wujud sejak 40 tahun telah memainkan peranan yang cukup penting bagi mendaulatkan perkembangan Islam di negeri ini.

Yang Dipertuanya Tun Datuk Seri Panglima Dr.Haji Sakaran Dandai berkata, dari tahun 1969 hingga tahun 1976 sahaja kira-kira 50,000 orang telah berjayakan dijadikan saudara seagama melalui gerakan yang dimainkan oleh pertubuhan tersebut .

“ Jumlah tersebut semakin bertambah dengan adanya usaha yang dilakukan oleh pertubuhan tersebut termasuk juga gerakan yang dilakukan oleh Institusi Islam dan badan badan dakwah yang lain di negeri ini” katanya ketika berucap menyampaikan Ucap Utama di Majlis Dinner Talk Sempena seminar Serantau Perkembangan Islam Borneo di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu baru baru ini .

Hadir sama di majlis tersebut Pengarah Kampus UITM Sabah Professor Madya Dr.Worran Haji Kabul, Pengarah Seminar Serantau Perkembangan Islam Ustaz Yunus Abd.Samed ,Setiausaha Agung Usia Datuk Haji Abdullah Hussin serta lebih 100 orang peserta terdiri dari wakil wakil dari Negara Indonesia,Brunei,Sarawak dan Sabah

Menurut Sakaran yang juga bekas Yang Dipertua Negeri Sabah pertubuhan tersebut akan terus memainkan peranannya sebagai badan dakwah yang terunggul dinegeri ini melalui pelbagai program dan pendekatan dakwah bagi memperkasakan gerakan dakwahnya seiring dengan cabaran dan keperluan semasa.

“ Medan dakwah adalah medan yang memerlukan seni artistik untuk menjayakannya, dakwah seharusnya dilaskanakan dengan ikhlas dan sistematik supaya ia kekal lestari dan relevan sepanjang zaman” katanya.

Sakaran menambah hari ini ledakan kemajuan teknologi maklumat begitu pentas berlaku dan dalam kontek ini perkembangan perkembangan dakwah seharusnya dimanfaatkan untuk tujuan menyebarkan dakwah Islamiah ke seluruh pelusuk dunia.

“ Para pendakwah tidak seharusnya terikat dengan satu pendekatan sahaja namun perlu mempelbagaikan keadah dan pendekatan yang sesuai dan ianya perlu dilakukan dalam peranvangan organisasi yang erat dan mantap” katanya

Mengulas program tersebut Sakaran berpendapat ianya sebagai medan untuk melebarkan pengetuhan ,pemahaman dan pengalaman Institusi Islam di segenap Borneo untuk dikongsi bersama oleh seluruh umat Islam di rantau ini.

“ Melalui seminar ini kita berharap ianya akan memberikan manafaat untuk membangunkan Islam dan umatnya melalui hasil perbincangan untuk dikongsi bersama demi kebaikan dan kemajuan masyarakat Islam secara keseluruhannya” tambah Sakaran.




Credit: Buletin Usia.

No comments:

Post a Comment