Monday, 12 November 2012

Kelab orang kaya bertaqwa


Photo
Hari ini, untuk masuk ke dalam senarai kelab orang-orang kaya begitu banyak yang perlu dikorbankan. Jangankan hendak mendapat jutaan ringgit. Tanyakan kepada pengurus-pengurus bank yang dibayar gaji yang mahal, berapa jamkah yang dapat mereka peruntukkan duduk-duduk bersama anak dan isteri berbanding duduk di pejabat?
Tanyakan juga kepada mereka bilakah kali terakhir mereka sempat menyertai gotong-royong membersihkan masjid atau merewang majlis kenduri. Harta dan kekayaan yang mereka peroleh itu datang bersama lelah, darah, nanah, dan air mata. Baca sahaja kisah-kisah jujur mereka lewat biografi dan memoir.
Begitu mahalnya sebuah kekayaan pada hari ini.
Ini jauh berbeza dengan orang-orang soleh terdahulu. Yakni para sahabat Nabi radiallahuanhum ajmain. Ramai di kalangan mereka adalah hartawan. Sedangkan mereka masa mereka teragih untuk menuntut ilmu. Demikian juga mendakwahkan ajaran Islam. Itu belum lagi menyediakan bekalan dan kelengkapan perang sendiri. Secara purata hampir setiap tahun akan ada ekspedisi dakwah atau peperangan yang mereka sertai. Semua itu di tanggung sendiri.
Ketika itu belum ada ‘unit trust’ yang memberikan pulangan yang tinggi. Juga belum ada badan khusus yang menyediakan latihan dan bantuan modal untuk peniaga kecil dan sederhana. Tidaklah juga ditemui dalam catatan sejarah mereka sudah membangunkan perniagaan ‘multi-level-marketing’ apatah lagi ‘skim cepat kaya’.
Namun ajaibnya mereka tetap Allah berikan limpahan nikmat dunia yang sangat banyak.
Kelab orang kaya bertaqwa
Ramai orang membawakan kisah kekayaan sahabat Nabi bernama Abdurrahman bin Auf. Namun tahukan kita berapakah jumlah harta yang beliau miliki?
Anas bin Malik menceritakan sebagaiman disebutkan dalam Sahih Bukhari bahawa ketika Abdurrahman bin Auf wafat beliau mewariskan setiap seorang isterinya 100, 000 dinar. Ini bersamaan   RM 700, 000, 000 dalam perkataan tujuh juta ringgit sahaja. Untuk setiap isteri. Dalam Islam harta warisan bagi isteri ialah 1/8 . Itu belum lagi ditambah semula dengan harta yang telah beliau infakkan ketika masih hidup.
Abdullah bin Zubair menjelaskan jumlah harta bapanya Zubair al-Awwam  salah seorang sahabat yang Nabi janjikan syurga,
“Zubair mempunyai empat isteri, maka sepertiga dari hartanya disimpan, dan setiap dari isterinya mendapatkan bahagian satu juta dua ratus ribu, semua hartanya ada lima juta dua ratus ribu (dinar).” (riwayat Imam Bukhari)
Dalam riwayat yang lain disebutkan Zubair memiliki 1000 orang hamba.
Zubair al-Awwam merupakan sahabat yang rapat dengan Nabi sehingga digelar sebagain pendamping Nabi.
Beliau paling awal menghunuskan pedang dalam Islam dan hayatnya berakhir dihujung pedang. 
Namun Allah tidak pernah menyisakan bahagian untuknya di dunia. Hartanya melimpah-ruah, keluarganya diberkati Allah. Anaknya Abdullah bin Zubair seorang ahli hadis yang alim lagi faqih. Anaknya Urwah bin Zubair juga perawi hadis yang disegani dari generasi tabi’in.
Benar janji Allah,
“Sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.”

 Credit:notausahawan

No comments:

Post a Comment