Wednesday, 14 November 2012

Jangan Sembarangan Menuduh Orang......




Jangan Mudah Melemparkan Tuduhan Jahat dan Melabel Para Pendakwah.



بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد
Kepada golongan yang celupar mulut dan mudah membuat hukuman sendiri sewenang-wenangnya sebelum meneliti… anda sepatutnya lebih menghayati arahan husnu zann & tidak semberono, tidak gopoh, mestilah tabayyun (tanya & selidik dulu) dan lain-lain sifat seorang muslim yang sebenarnya. Jangan mudah membuat tanggapan seseorang itu murtad, melaknat, mencaci dan mengata sesama muslim tanpa dalil dan bukti yang jelas dan sahih.
Ataupun jangan mudah melabelkan orang yang tidak sefahaman dan sependapat dengan kita sebagai sesat, finnar, menyalahi manhaj dan sebagainya.
Sikap  orang beriman telah diajar oleh Allah swt ketika menerima berita:
لَولا إِذ سَمِعتُموهُ ظَنَّ المُؤمِنونَ وَالمُؤمِنٰتُ بِأَنفُسِهِم خَيرًا وَقالوا هٰذا إِفكٌ مُبينٌ
{Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata}  [An-Nur: 12]
Menuduh orang murtad tanpa pendakwaan & penjelasan adalah suatu jenayah yang besar, kerana  tuduhan ini akan kembali semula kepada si penuduh sebagaimana dalam hadis Rasulullah SAW:
 صحيح البخاريعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَال
((إِذَا قَالَ الرَّجُلُ لِأَخِيهِ يَا كَافِرُ! فَقَدْ بَاءَ بِهِ أَحَدُهُمَا))
Bermaksud: “Sesiapa yang berkata kepada saudaranya: Wahai orang kafir! Akan kembali kepada salah seorang mereka.” [HR Bukhari].
Iaitu jika orang yang dikatakan kafir itu bukan kafir sebenarnya, maka sifat itu akan kembali kepada penuduhnya.
Peringatan buat penyebar fitnah:
Rasulullah SAW juga telah bersabda yg bermaksud: 
“Adakah kamu semua mengetahui siapakah orang yang MUFLIS?” Sebagaimana biasa, salah satu teknik didikan Rasulullah s.a.w ialah dengan cara komunikasi dua hala (two ways communication) iaitu dengan mengemukakan persoalan, diikuti penjelasan Baginda kepada persoalan tersebut.
Para sahabat menjawab: “MUFLIS dalam kalangan kami ialah orang yang tidak berduit dan tidak memiliki sebarang harta (asset)”. Jawapan tersebut adalah berdasarkan kefahaman umum masyarakat ketika itu dengan kalimah MUFLIS. Bahkan pada zaman sekarang, apabila disebut kalimah MUFLIS, maka yang terlintas di dalam fikiran kita ialah seseorang yang tiada duit dan harta serta memiliki liabiliti (hutang) yang tidak mampu dibayar.
Lantas Rasulullah s.a.w. menerangkan apakah pengertian MUFLIS yang dimaksudkan. Baginda bersabda: “Orang yang MUFLIS dalam kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan, diambil pahalanya (si MUFLIS) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Dan sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si MUFLIS. Kemudian dia dihumbankan ke neraka!” (Riwayat daripada Abi Hurairah oleh Imam Muslim dalam Kitab Melakukan Kebaikan dan Silaturrahim, bab Larangan Melakukan Kezaliman (no 2581).
 Credit:Abu Anas Madani

2 comments:

  1. Semoga kita dapat menahan diri dalam berkata2, perbuatan terhadap orang lain dalam pergaulan seharian
    selari dgn azam bagi tahun baru Islam

    ReplyDelete