Friday, 30 November 2012

Tenang di tempat kerja


Persekitaran kondusif cegah penyakit 


Adakah anda mempunyai ketua yang cerewet atau rakan sekerja yang sukar untuk berkerja bersama? Apabila ditambah pula dengan timbunan kerja untuk di siapkan dan tidak cukup masa, semua itu memang menyebabkan anda menghadapi tekanan. 


Terdapat banyak aspek persekitaran kerja sehingga kita tidak dapat mengawal tetapi sebenarnya boleh mengambil tindakan untuk menguruskan tekanan supaya ia tidak memberi kesan kepada kesejahteraan anda. 


Tekanan di tempat kerja banyak dikaitkan dengan masalah kesihatan yang serius termasuk serangan jantung. Badan anda mengeluarkan lebih banyak hormon kortisol bagi bertindak balas kepada tekanan. 

Ia merangsang selera makan yang tinggi kepada makanan yang tinggi lemak, gula serta meningkatkan penyimpanan lemak di bahagian perut. 

Satu kajian pekerja yang sedang menghadapi proses penstrukturan mengurangkan pekerja di sebuah syarikat mendedahkan bahawa tekanan kerja yang kronik membawa kepada pertambahan berat badan. 









Penyelidikan juga menunjukkan bahawa tekanan kerja berlebihan adalah faktor risiko bebas untuk tekanan darah tinggi di tempat kerja, rumah ataupun ketika tidur. 


Jadi mesra rakan sekerja 

Kenali rakan sekerja anda. Tanyalah aktiviti pada hujung minggu mereka, minta pandangan atau makan tengah hari bersama-sama. 


Hubungan rakan sekerja yang mesra menjadikan tempat kerja lebih menyenangkan untuk semua orang dan kajian juga menunjukkan bahawa pandangan yang positif akan menular. 

Berikan pujian ikhlas, senyum secara kerap. Ia akan meningkatkan emosi anda dan menggalakkan orang di sekeliling menjadi ceria. 

Salah faham adalah punca konflik di kebanyakan tempat kerja. Jelaskan butiran dan jangkaan untuk tugasan setiap kerja. Pastikan anda fahami setiap perkara jika anda di pilih keluar untuk tugasan. 

Berkerja bersama rakan sekerja yang menjengkelkan hendaklah diuruskan dengan tegas dan secara terus. Jika tidak tingkah lakunya boleh menjadi lebih teruk. 

Jika rakan sekerja mengganggu perhatian anda secara langsung dengan mencampuri hal peribadi, berbincang secara peribadi dengan mereka dan jangan hanya kecewa dengan situasi tersebut. Jika ia berterusan, bincang dengan pihak pengurusan anda. 

Biarkan Berlalu 

Anda boleh membiarkan diri disakiti dan sedih dengan apa yang berlaku di tempat kerja atau memberi tindak balas berbeza. Sebaliknya, melihat ia sebagai satu peluang untuk mempamerkan kemahiran, bakat dan kerjasama atau bercakap dengan penyelia anda. 

Amalkan bernafas secara penuh dan dalam beberapa kali untuk mengosongkan fikiran anda dan menjurus ke arah yang lebih positif. 

Amal Penjagaan Diri 

Senaman berserta pemakanan yang baik hendaklah seiring dengan masa ketika berseronok dan bersantai bagi meningkatkan keupayaan anda untuk menghadapi tekanan. 


Mempertimbangkan untuk berjalan seketika di waktu rehat atau bertemu rakan untuk makan tengahari. 

Belajar teknik pernafasan ketenangan dan senaman regangan yang anda boleh lakukan di meja anda. Pilih makanan berkhasiat yang tinggi tenaga ketika hidangan dan kudapan. 

Pupuk rasa lucu yang sihat dengan mencari detik menggelikan hati dalam kehidupan seharian di tempat kerja. 

Jika sudah berusaha sebaik mungkin mengurangkan tekanan anda dan perbincangan dengan pengurus masih tidak membantu, dapatkan nasihat daripada jabatan sumber manusia atau wakil perhubungan pekerja. 

Sesetengah majikan menyediakan program bantuan pekerja yang menawarkan perundingan dengan kaunselor profesional bagi perkara berkaitan peribadi dan isu-isu di tempat kerja. 

Jika majikan anda menawarkan manfaat ini, jangan teragak-agak untuk menggunakannya. 



Buat Perubahan 

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan di tempat kerja yang negatif dan hidup dengan tekanan kronik bukanlah satu penyelesaian jangka panjang. 

Tiada kerja yang bebas tekanan tetapi jika pekerjaan anda sekarang tidak bersesuaian dengan minat, bakat dan matlamat anda, buat perancangan untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik untuk diri anda. Ingat dan sentiasa amalkan, kurangkan tekanan untuk kehidupan yang ceria dan tenang.



Credit: Mohd Hoesni B. Rahmat

No comments:

Post a Comment