Berjayalah orang-orang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia
( Al-Mu’minun :1-3 )
Solat itu tiang agama. Solat 5 waktu rukun Islam kedua. Solat menjadikan kita orang yang berjaya. Sedarkah jika ada kekurangan dalam kita melaksanakannya?
Khusyuk merupakan satu topik yang penting dalam ibadah solat. Seolah-olah apabila kita berkomunikasi dengan seseorang, pastinya kita perlu memberikan perhatian terutamanya untuk menujukkan rasa hormat. Bayangkan apabila sedang dalam sebuah interview untuk mendapatkan kerja, mestilah kita perlu berikan perhatian kepada interviewer. Mungkin boleh juga kita andaikan bahawa solat itu interview untuk masuk syurga? Dan orang yang khusyuk itulah antara yang berjaya.
Di dalam al-Quran, Allah SWT telah menunjukkan satu petanda menarik sama ada kita khusyuk atau tidak dalam solat. Ya, memang kita selalu belajar dalam sekolah agama atau Pendidikan Agama Islam di sekolah tentang khusyuk dalam solat. Tetapi petanda ini rasanya antara yang mudah untuk kita tatapi. Firman Allah,
"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya."[Surah 2: Al-Baqarah, Ayat 45-46]
Khusyuk dalam solat
Tanamkan cinta solat sejak usia kanak-kanak.
Cintailah rumah Allah dan tempat-tempat ilmu
Doakan daku...
No comments:
Post a Comment