Saturday, 10 November 2012

Kawan-kawanku Maahad Johor 1980...Dimanakah yang lainnya.


.Maahad Johor - Johor Bahru, Malaysia

Terkenang saat-saat indah ketika masih bergelar pelajar Maahad Johor, Johor Bahru pada Tahun 1980 hingga 1983. 

Saya bersama 10 pelajar tajaan Yayasan Sabah yang telah menamatkan Sijil 4 Ibtidaiah setelah 4 tahun di SMA Al Quran Waddin, Kg Melayu, Majidee, Johor Bahru telah digabungkan dengan 10 lagi pelajar tajaan Yayasan yang sama tapi dari institusi pendidikan yang berbeza. Ada diantara kami yang datang dari SMA Kluang johor, bahkan ada yang datang terus dari sekolah-sekolah di Sabah.


Dimanakah mereka...

Selepas 4 tahun tinggal diasrama di Jln Shukor, kami 10 orang ditempatkan pula di Lorong Ria off Jln Suka, Kg Melayu, Majidee lebih kurang 6 bulan sebelum digabungkan dengan 10 orang lagi dirumah milik Mudir Maahad Johor, Ust Salam Hj Abd Rahman (kini bersara di Pontian) di 118 Jln Sutera, Tmn Sentosa, Johor Bahru. Rumah teres 2 tingkat, menampung 20 orang pelajar. Berebut bilik mandi tiap pagi pada hari-hari persekolahan adalah fenomena biasa.

Photo Rajibin2
Encik Rajibin bin Rasman, Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah (PTP2) Ranau.


Ust Warimin bin Suman, SMKA Mohamad Ali, Ranau


En. Asiki bin Tarimoh, Pegawai TTPM, K Kinabalu.


Ust Hamdani Omar, Pengetua SMUI Papar


En.Saat Hamid, Pegawai di Pejabat Daerah Sipitang

Kini ramai dikalangan sahabat seperjuangan saya telah menjadi pemimpin masyarakat di Sabah. Terkini, Ustaz Bungsu Aziz Jaafar telah dilantik menjadi Sohibusamahah Mufti Negeri Sabah yang baru (dari 10 Ogos 2012).



BANTUAN....Dato Sri Nasir (dua kanan) diiringi Datuk Amri (tiga kanan); Mufti Kerajaan Negeri Sabah Ustaz Bungsu Aziz Jaafar (kanan) dan Darus Nasir (empat kanan) menyampaikan Cek Bantuan PZS kepada salah seorang pelajar perempuan dari Pitas (kiri) yang bakal melanjutkan pelajaran ke Mesir.

 

Kini saya berkhidmat selaku Guru Besar di SRI At Tahfiz, Pt Raja, Batu Pahat, Johor. Namun kenangan sewaktu bersama teman-teman seperjuangan di Maahad Johor masih segar diingatan. Hanya beberapa nama yang masih dapat saya kesan manakala yang lainnya sirna setelah masing-masing terpisah kerana melanjutkan pengajian di universiti yang berbeza-beza.




Andai anda kenal sahabat-sahabat saya ini berhubunglah dengan saya melalui blog ini atau di Facebook saya dengan alamat nama penuh saya. Sahabat saya yang lainnya ialah Basini (berasal Kg Sompoton Baru, Keningau), Roslin Gani (Ranau), Majid Sulaiman (Kudat), Shamsuddin (Beaufort), Zaini Jair, Mahmud Lujum (Kudat), Musri Jani (Tenom), Rashid, Pengiran Ag Omar Hj. Gana (Papar), Jasri Hj. Juhor (Papar),Abdul Rajish (Beaufort) dan beberapa nama yang saya telah lupa.


Dimanakah anda semua???

          
Guru-guru Maahad Johor 1978

 
Guru wanita Maahad Johor 1984



Berhariraya di rumah Almarhum Us Zaiton b Mohd Shariff d singapura


Anugerah kecemerlangan akademik sannah rabe' 9.9.1971 dari kiri duduk: Us Jaapar Omar, Us Abdullah Basidek......


Bilik Guru Maahad Johor Kebun Teh JB 1976



dari depan ialah Us Jaapar Omar, arwah Us Zaiton Mohd Shariff, arwah Us Mohd Amin, Us Abdullah Basidek, Sir Yahya Pakih, Us Khudzari Jabar, arwah Us Aziz Fawzy, Us Salleh Sinwan , arwah Us Abd Manan, dan En Wan Muhammad b Wan Kuning





Ustaz Anuar bin Sarimin, Mudir Maahad Johor (Sekarang).



No comments:

Post a Comment