Monday, 12 November 2012

Menara Jam Atkinson dan Signal Hill Observatory, Kota Kinabalu, Sabah.

Ketika kembali menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu, memang terasa banyak benar purubahan yang melanda bandaraya ini. Namun ada juga yang kekal sepertimana ditahun-tahun 1970an dan 1980an ketika masih sering berulang-alik ke negeri dibawah bayu ini. 

Banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah boleh kita lawati disini, Menara Jam Atkinson dan Signal Hill Observatory antaranya.

 


Bangunan menara jam ini telah mula dibina pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1905. Pada asalnya, ia dibina sebagai tanda untuk memperingati Pegawai Daerah Kota Kinabalu (dulunya Jesselton) yang pertama, Encik Francis George Atkinson yang meninggal dunia akibat ‘demam Borneo’ (malaria) ketika berusia 28 tahun.

   

Bangunan ini dibina hasil sumbangan orang ramai. Jam asal di menara ini yang disumbangkan oleh ibu Atkinson telah diganti dengan yang baru pada tahun 1964.

 

Jam ini telah mula berfungsi pada 19 April 1905 ketika masih dalam pembinaan. Pada asalnya, menara jam ini dibina daripada kayu Mirabau (Merbau) dan berketinggian 157 meter (48 kaki).

 
Santai bersama keluarga di Signal Hill....

Selepas dibina dan melalui pembaikan dan pembaharuan yang menyeluruh, bentuk permukaan asalnya telah mengalami perubahan yang besar. Pada tahun 1979, pihak Muzium Sabah telah mengambil alih penjagaan dan pemeliharaan menara jam ini. Tapak bangunan ini telah diwartakan sebagai Simpanan Kerajaan pada Ogos 1983.

   
Terdapat tempat rehat dan tempat duduk untuk menikmati pemandangan di Signal Hill Observatory. Memang rugi kalau tak pergi sini..


Selepas melawat Menara Jam Atkinson kita boleh pergi ke Signal Hill Observatory yang mengambil masa perjalanan lebih kurang 10-15 minit sahaja. Di Signal Hill Observatory kita boleh menikmati pemandangan Kota Kinabalu yang begitu cantik dan indah. Masuk disini adalah PERCUMA dan tiada sebarang bayaran dikenakan. Jadi kalau ke Kota Kinabalu jangan lupa singgah disini ye..


Ketika hendak berlepas pulang ke Johor Bahru.

No comments:

Post a Comment