Google+ Followers

Wednesday, 14 November 2012

Tangan Yang Diatas Lebih Baik Dari Tangan Dibawah


Hadith: 
Daripadanya (Abu Hurairah RA) daripada Nabi SAW sabdanya,  “Tangan yang di atas (memberi) itu adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (meminta-minta) dan mulakan pembekeluarganya maka Allah akan memberi kekayaan kepadanya”. rian itu kepada mereka yang dibawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah adalah daripada orang yang berada (tidak memerlukan bantuan). Sesiapa yang dapat menahan diri daripada meminta-minta (walaupun dia miskin) maka Allah akan mencukupkan keperluannya dan sesiapa yang merasa cukup untuk diri dan keluarganya maka Allah akan memberi kekayaan keadanya".

Huraian Hadith: 
  1. Orang yang suka memberi adalah lebih mulia dan disanjung oleh Islam daripada orang yang suka meminta-minta.
  2. Perbelanjaan hendaklah diutamakan kepada kaum keluarga yang dibawah tanggungan.
  3. Sebaik-baik sedekah adalah daripada orang yang telah mencukupkan perbelanjaan untuk keluarganya.
  4. Perbelanjaan dan pemberian yang telah dikeluarkan oleh seseorang akan diganti semula oleh Allah.
  5. Islam menggalakkan umatnya supaya bersifat pemurah, bersabar atas kemiskinan dan merasa cukup dengan apa yang ada tanpa meminta kepada orang lain.
  6. Islam benci kepada orang yang suka meminta-minta. Allah akan memberi kekayaan kepada seseorang yang telah merasa cukup dengan apa yang ada padanya walaupun dia miskin.
  7. Sesiapa yang memohon pertolongan Allah untuk mendapatkan sesuatu pasti akan ditolong.
  8. Keluarga sendiri hendaklah didahulukan dan diutamakan dalam nafkah.
Sumber : Kitab Riyadhus Solihin