Monday, 5 November 2012

Mari Sukakan Pekerjaan Kita...



Tiada hari yang terlalu panjang bagi mereka yang suka bekerja 
( Seneca
 Pujangga Rom )

Adakah anda sukakan kerja yang anda lakukan sekarang?

Walau apa sekalipun jawapan yang mungkin akan anda berikan, biarlah hanya anda seorang sahaja yang mengetahui jawapan sebenarnya. Jawapan anda langsung tidak memberi makna kepada orang lain yang mendengar, dan jawapan anda juga tidak memberi sebarang kesan kepada orang lain.. selain diri anda.
Cubalah sekali dalam hidup, anda berlaku jujur dengan diri anda dan cuba untuk berikan jawapan yang seikhlasnya berkenaan dengan soalan diatas.

Secara amnya, manusia tidak akan memilih untuk bekerja ditempat yang mereka tidak suka. Kalau hati betul tak suka, kenapa masih nak kerja dekat tempat tu. Lepas tu sanggup pulak nak kerja sampai bertahun-tahun. Tak logik la.
Manusia sentiasa ada pilihan selagi mana dia masih bernafas. Alasan yang mengatakan tiada pilihan dalam hidup hanya sesuai untuk mereka-mereka yang menyerah kalah dalam hidup.
Mereka ada pilihan untuk bunuh diri dan tamatkan riwayat hidup mereka, tetapi mengapa mereka memilih untuk teruskan kehidupan. Bukankah dari situ je dah menunjukkan yang hidup ini merupakan suatu pilihan dan mereka memilih untuk hidup.
Ada orang sukakan pekerjaan yang dilakukan sekarang ni disebabkan pekerjaan tersebut sama bidang dan disiplin yang dipelajari semasa dalam peringkat universiti. Semasa belajar dulu menuntut dalam bidang kejuruteraan, jadi bila sudah beralih ke alam pekerjaan ini, dapat pulak kerja sebagai seorang jurutera. Suka.
Atau mungkin juga anda sukakan pekerjaan anda sekarang ini disebabkan oleh environmentkerja yang sememangnya mencabar. It involves life and death. Anda menyabung nyawa semata-mata untuk menyelamatkan nyawa orang lain.
Boleh jadi juga anda cintakan pekerjaan anda sekarang ini disebabkan oleh the nature of work itu sendiri yang membolehkan anda untuk travel. Anda berpeluang untuk outstation sana-sini. Berkesempatan juga untuk melihat dunia luar, berkenalan dengan pelbagai lapisan masyarakat dan mempelajari budaya, kepercayaan dan fahaman mereka. Anda memang suka skop kerja begini.
Berkemungkinan juga anda sukakan kerja yang anda lakukan sekarang disebabkan anda berupaya untuk menghasilkan wang besar. Gaji anda cukup tinggi jika nak dibandingkan dengan orang lain. Posisi anda dalam syarikat yang anda berkhidmat cukup baik dan segala-galanya okay.
Malahan anda dibayar bukan sekadar gaji, tetapi dibayar komisyen untuk perkhidmatan yang anda berikan dan juga gaji tambahan sekiranya anda melakukan kerja-kerja lebih masa.
Well.. you see that? You have 1001 reasons to like and to love your job!
Bagaimana pula bila satu masa nanti realiti hidup menduga anda? Anda diuji dengan dugaan, cabaran dan apabila semua itu berubah selaras dengan perubahan masa dan peredaran zaman.
Setiap satu perkara yang pernah anda enjoy dan yang pernah anda sukakan berkenaan dengan pekerjaan anda menjadi sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan.
Satu masa nanti kehidupan anda pasti akan mengalami perubahan. Anda akan ada komitmen baru. Anda mendirikan rumah tangga. Memiliki famili dan mempunyai anak-anak yang perlu anda jaga. Komitmen anda akan terbahagi kepada dua, tiga, empat dan mungkin lebih dari itu.
Kalau dulunya anda tiada masalah untuk travel, sekarang mungkin akan jadi satu isu.
Seiring dengan pertambahan usia, boleh jadi keupayaan dan kecekapan anda untuk melakukan satu-satu bidang kerja juga akan berkurangan. Value anda menurun secara tak langsung. Lagi banyak anda melakukan kesalahan semasa bekerja, lagi cerah peluang untuk anda kehilangan kerja.
Idea untuk melakukan kerja lebih masa boleh jadi satu jenaka spastik yang anda tak mahu untuk dengar.
Itu belum kira lagi sekiranya anda bukan jenis yang health conscious. Boleh jadi sebelum mencapai usia emas anda sudah kelihatan seperti sudah melangkaui usia tersebut. Sering sakit. Atau mungkin anda mengalami kehilangan salah satu anggota tubuh dalam kemalangan yang menyukarkan anda untuk memberi 100% dalam kerja yang pernah anda suka ini.
Semua ini boleh terjadi dan mungkin akan terjadi.
Kita tak tau sama ada kita bernasib baik untuk mengalami kesemua kemungkinan-kemungkinan tersebut. Namun apa yang boleh kita lakukan adalah untuk bersedia.
Sediakan backup plan. Emergency fund.
Ingatlah.. kita tidak akan bekerja selama-lamanya. Malah akan ada satu masa kita wajib untuk berhenti bekerja. Jadi lakukanlah pekerjaan yang bermanfaat untuk hari ini dan juga untuk hari akan datang.
Sebaiknya usahakan untuk melakukan kerja yang boleh menghasilkan pendapatan pasif kepada anda sebagai backup andainya satu masa nanti anda tidak mampu untuk bekerja lagi.
 Credit: Sabree Hussin

1 comment: