Tuesday, 13 November 2012

Panglima Awang atau Henry The Black dan Enrique of Malacca



 Apakah benar beliau menjadi perancang untuk memerangkap dan membunuh Ferdinand Magellan di pulau Cebu, Filipina.

Panglima Awang atau Henry The Black dan Enrique of Malacca merupakan seorang keturunan Melayu yang turut serta dalam misi pelayaran Ferdinand Magellan untuk mengelilingi dunia . Beliau bertugas sebagai jurubahasa dan pembantu di dalam kapal Ferdinand Magellan. Beliau telah diberikan nama Kristian 'Enrique' (Bahasa Sepanyol) atau 'Henrique' (Bahasa Portugis) setelah dibaptiskan dalam Gereja Katolik Roma oleh pihak Portugis sempena hari pembaptisannya yang merupakan perayaan St. Henry.
Asal usul Enrique diperdebatkan oleh ramai sejarawan. Ada yang menyatakan beliau dari Melaka, Sumatera, Maluku dan dari Cebu.
stock photo : Malaysia,Malacca:Maritime Museum, Flor de la Mar Nau (carrack) replica. A replica of Portuguese Viceroy Afonso de Albuquerque's famous ship, stands as museum. A must visit 6 floors high impressive Nau

Ekspedisi Ferdinand Magellan


Ekspedisi Ferdinand Magellan
Ferdinand Magellan atau Fernao de Magalhael merupakan ahli pelayaran Portugis yang mengetuai angkatan lima buah kapal dengan kelasi seramai 270 orang keluar dari Sepanyolpada 1519 dan telah menjejakkan kaki di kepulauan Filipina. Di Filipina , beliau telah terbunuh. Oleh itu beliau sebenarnya gagal mengelilingi dunia secara lengkap.

Sebelum itu Ferdinand Magellan telah sampai di Sabah / Kepulauan Sulu . Tugas beliau diambil alih oleh Sebastian Del Cano yang menaiki kapal Victoria dan 17 kelasi yang lain dan sampai semula di Sepanyol pada 8 September 1522.

Portugis menyerang Melaka 1511

Portogis menyerang Melaka 1511

Magellan bersama Diego Lopez de Sequiera yang belayar ke Melaka pada 1 September 1509 dan orang barat pertama berhubung dengan Semenanjung Tanah Melayu. Magellan turut terlibat dalam menyerang Melaka pada tahun 1511 dan menawan ramai pemuda Melayu untuk dijadikan hamba . Salah seorang daripadanya diberi nama 'Enrique' yang dijangka berusia 18 tahun.




Misi kapal Sepanyol


Misi kapal Sepanyol



Kisah pelayaran Ferdinand Magellan dicatat dalam diari Antonio Pigafetta, seorang sukarelawan Itali yang turut serta bersama Ferdinand Magellan. Beliau menyatakan Enrique adalah seorang Melayu yang ditangkap dan dijadikan hamba dalam kapal tersebut. Enrique dikatakan berasal dari 'Zamatra' atau Sumatera / Semudera sekarang ini.

Enrique adalah pahlawan / pendekar Melayu yang berjuang mempertahankan Melaka dari serangan tentera Portugis pada 1511. Beliau adalah 'hamba raja' kepada Sultan Mahmud,sultan Melaka yang terakhir. Di dalam kapal itu, Enrique bertugas sebagai jurubahasa di Sabah, kepulauan Mindanao dan sebagainya dan seterusnya menuju LisbonPortugis pada 1512.
Tafsiran lain menyatakan Enrique merupakan hamba dari Sumatera yang telah dibeli di pasar Melaka . Dia telah dibaptis dan diberi nama Henrique atau enrique. Nama sebenarnya tidak diketahui dengan jelas.
Apabila Raja Portugis lemah , Magellan berkhidmat pula dengan Raja Charles I dari Sepanyol pada 1517. Portugis telahpun menguasai Melaka dan kepulauan rempah khususnya diMaluku. Magellan memberi pelan bagaimana Sepanyol boleh menguasai perdagangan rempah di Asia Tenggara.
Raja Charles I setuju dengan cadangan Magellan itu. Akhirnya Magellan menyediakan angkatan kapal yang terdiri dari kapal San AntonioConceptionVictoria , Santiago dan kapalnya sendiri Trinidad bersama kelasi seramai 270 orang.
Mereka meninggalkkan pelabuhan Sanlucar de Barrameda pada 20 September 1519. Mereka belayar menyeberangi Lautan Atlantik. Kemudian tiba di benua Amerika Latin dan menyeberangi Lautan Pasifik.

Sampai di Filipina

Sampai di Filipina



Akhirnya pada 16 Mac 1521, selepas belayar selama 18 bulan, mereka sampai di satu lokasi di kepulauan Filipina yang bernama Samar. Tempat ini dikira masih jauh dari kepulauan rempah di Nusantara. Pemuda yang bernama Enrique bertindak sebagai jurubahasa kerana bahasa di Filipina dan Nusantara difahami oleh Enrique untuk mendapatkan bekalan makanan, minuman, pertukaran barangan , berhubung dengan pedagang , menghantar mesej keamanan dan berhubung dengan pemimpin dan masyarakat setempat di Nusantara.

Di Kepulauan Cebu,Filipina , Ferdinand Magellan telah berhubung dengan Raja Humabon . Raja Humabon bersama 800 orang rakyat di Cebu, Filipina berjaya dikristiankan oleh Ferdinand Magellan. Magellan mengisytiharkan penduduk Cebu sebagai warga Tuhan Sepanyol. Magellan memanggil penduduk Cebu sebagai 'Indian' kerana berkulit gelap sebagaimana penduduk selatan India.
Raj Humabon meminta Magellan membantunya menghapuskan pemberontakan di perkampungan Mactan yang dipimpin oleh Lapu Lapu. Pada hari Sabtu 27 April 1521 Magellan telah menyerang kampung Lapu Lapu dengan 60 orang menggunakan senapang, meriam , senjata besi dan lain-lain. Sementara Lapu-lapu bersama 1500 pahlawan hanya menggunakan buluh runcing dan panah beracun.
Malangnya Magellan menjadi mangsa pertama serangan kerana lengan kanannya terkena panah beracun. Pengikut Magellan pula lari lintang - pukang kembali ke kapal untuk menyelamatkan diri dari serangan balas yang tidak terduga itu. Magellan telah tersungkur dan mati. Peperangan disebut dalam sejarah Filipina sebagai Peperangan Mactan.
Enrique turut cedera dalam serangan itu.


Dilantik sebagai kapten kapal

Dilanntik sebagai kaptenn kapal

Duarte Barbosa , seorang kelahiran Portugis telah memilih Enrique sebagai kapten kapal yag baru menggantikan Magellan.

Dengan kebolehan berkomunikasi yang dimiliki oleh Enrique , Enrique telah berunding dengan Raja Humabon dan Raja Humabon telah setuju menghadiahkan batu permata dan pelbagai hadiah lain untuk Raja Sepanyol. Malangnya mereka telah diserang hendap oleh Humabon pula.
Rekod rasmi Sepanyol menyatakan Enrique of Melaka bersama 27 orang yang lain telah terselamat. Kapal tersebut kembali ke Sepanyol.

Kubur Panglima Awang

Kubur Panglima Awang

Diari Pigafetta hanya menyatakan 18 orang yang selamat kembali ke pelabuhan Sanlucar de Barrameda, Sepanyol iaitu:

  1. Juan Sebastián Elcano, ketua pelayaran dari Getaria.
  2. Francisco Albo, dari Rodas (in Tuy, Galicia) Pilot
  3. Miguel de Rodas (in Tuy, Galicia) Pilot
  4. Juan de Acurio, dari Bermeo Pilot
  5. Antonio Lombardo (Pigafetta), dari Vicenza Supernumerary
  6. Martín de Judicibus, dari pelabuhan Genoa Chief Steward
  7. Hernándo de Bustamante, dari Alcántara Mariner
  8. Nicholas the Greek, dari Naples Mariner
  9. Miguel Sánchez, dari Rodas (in Tuy, Galicia) Mariner
  10. Antonio Hernández Colmenero, dari Huelva Mariner
  11. Francisco Rodrigues, rakyat Portugis dari Seville Mariner
  12. Juan Rodríguez, dari Huelva Mariner
  13. Diego Carmena, dari Bayona (Galicia) Mariner
  14. Hans of Aachen Gunner
  15. Juan de Arratia, dari Bilbao Able Seaman
  16. Vasco Gómez Gallego, dari Bayona (Galicia) Able Seaman
  17. Juan de Santandrés, dari Cueto (Cantabria) Apprentice Seaman
  18. Juan de Zubileta, dari Barakaldo
18 orang ini sampai pada 9 Jun 1522 dengan diketuai oleh Juan Sebastian Elcano dengan kapal La Victoria dari kepulauan Maluku. Elcano dianggap sebagai orang yang berjaya melengkapkan pelayaran mengelilingi dunia.
Diari Pigafetta tidak menyatakan dengan jelas sama ada Enrique of Melaka kembali ke Melaka, kembali ke Sumatera atau menetap di pulau CebuFilipina.
Kemungkinan Enrique merupakan penduduk Cebu yang bekerja di Melaka semasa Portugis menyerang pada 1511. Mungkin juga Enrique dibawa dari Cebu ke Melaka dan diberi nama Enrique of Melaka. Mungkin juga Enrique seorang Filipino.
Tetapi bahasa yang digunakan oleh Enrique ialah bahasa di sekitar Cebu - Bisayan . Enrique dinyatakan bijak berkomunikasi dengan pemerintah tempatan dan ketua pedagang di Nusantara dan bahasa Melayu menjadi lingua franca ketika itu.


Kajian UKM


Kajian UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia telah berminat untuk mengkaji asal usul Panglima Awang atau Enrique of Melaka ini.

Beberapa persoalan yang memerlukan kajian ialah :
  1. Apakah mungkin Enrique telah dikristiankan oleh Ferdinand Magellan dan menjadi orang Melayu Islam pertama berjaya dimurtadkan.
  2. Di manakah letakkan kubur Panglima Awang ini jika telah kembali ke Melaka,ke Sumatera atau kembali ke Cebu, Filipina.
  3. Mengapa nama Enrique tidak termasuk dalam senarai 18 orang yang sampai ke Serville, Sepanyol itu.
  4. Mengapa sejarawan barat masih mendakwa Ferdinand Magellan sebagai orang pertama mengelilingi dunia dan bukannnya Elcano dan 17 sahabat yang lain dan seorang hamba Melayu bernama Enrique of Melaka atau Henry the Black.
  5. Apakah benar beliau menjadi perancang untuk memerangkap dan membunuh Ferdinand Magellan di pulau Cebu, Filipina.

Credit: Wikipedia

No comments:

Post a Comment