Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Antara wang yang engkau belanjakan ke jalan Allah, wang yang engkau belanjakan untuk hamba sahaya, wang yang engkau sedekahkan kepada orang-orang miskn dan wang yang engkau belanjakan untuk kaum keluargamu, maka pahala yang paling besar ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara kaum keluargamu”.
Huraian Hadith:
- Islam menggalakkan umatnya berbelanja pada jalan yang diharuskan sahaja.
- Wang yang dibelanjakan oleh seseorang dengan ikhlas akan diambil kira dan diberi pembalasan mengikut keutamaannya.
- Antara perbelanjaan yang paling baik disisi islam ialah perbelanjaan untuk menyara keluarga kecuali zakat yang wajib.
- Umat Islam hendaklah mengutamakan kaum keluarganya dalam berbelanja daripada orang lain.
- Kaum keluarga merupakan tanggungjawab utama yang mesti diselesaikan oleh suami atau penyara.
No comments:
Post a Comment