Tuesday 27 November 2012

Kepala terbenam dipijak gajah


Kesan serangan gajah liar di Kampung Punan yang membabitkan kematian Ah Kong (gambar kecil), kelmarin. - Foto Adnan IbrahimKesan serangan gajah liar di Kampung Punan yang membabitkan kematian Ah Kong (gambar kecil), kelmarin. - Foto Adnan Ibrahim
Warga tua maut ketika tinjau kebun sawit

Kluang: Seorang lelaki warga tua ditemui mati akibat dipijak gajah di kebun sawit miliknya di Kampung Orang Asli Punan, Kahang di sini, lewat petang kelmarin.


Kejadian malang itu berlaku ketika Toh Sam Yit, 79, lebih dikenali sebagai Ah Kong di kalangan penduduk Orang Asli di situ, keluar meninjau kebun sawitnya. 

Mangsa ditemui penduduk kampung kira-kira 100 meter daripada pondok tempat cucunya ditinggalkan dalam keadaan sudah tidak bernyawa," Abdul Majid Mohd Ali, Ketua Polis Daerah Kluang

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali, berkata mangsa bersama cucunya tiba di pondok yang terletak di tengah kebun kira-kira jam 4 petang sebelum keluar sendirian meninjau tanaman sawit.

“Cucu mangsa mulai bimbang selepas datuknya itu tidak pulang ke pondok selepas keluar lebih satu jam, menyebabkan dia meminta bantuan masyarakat Orang Asli Kampung Punan yang tinggal berhampiran.

“Mangsa ditemui penduduk kampung kira-kira 100 meter daripada pondok tempat cucunya ditinggalkan dalam keadaan sudah tidak bernyawa berikutan kecederaan parah di kepala, yang terbenam di dalam tanah,” katanya.

Kawasan laluan gajah liar 
Difahamkan, Kampung Punan yang bersempadan dengan Mersing itu menjadi kawasan laluan gajah liar, menyebabkan tanaman penduduk berhampiran sering rosak diceroboh haiwan berkenaan. 

Seorang penduduk Orang Asli, Zamri Boy, 23, berkata Ah Kong ditemui kira-kira jam 7.30 malam oleh lima penduduk kampung yang keluar mencari di kebun terbabit.

“Mula-mula kami mencari di sekitar pondok di tengah kebun itu tetapi dia tidak kelihatan, sehinggalah kami menggiatkan usaha mencari sebelum menemui mayatnya dalam keadaan kepala terbenam dalam tanah, dipercayai akibat dipijak gajah.

“Mangsa selalu tidur sendirian di kebun sawit itu untuk menjaga pokok sawit yang baru berusia lima tahun daripada dirosakkan gajah,” katanya.

Zamri berkata, kehadiran gajah itu sudah beberapa kali dilaporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil.


Credit: Mohamed Farid Noh dan Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail

No comments:

Post a Comment