Tuesday 6 November 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012..


Keputusan peperiksaan UPSR diumum 19 November


 

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2012 akan dikeluarkan pada Isnin, 19 November ini.

Kenyataan Kementerian Pelajaran berkata, majlis pengumuman analisis keputusan UPSR itu akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

"Semua calon yang menduduki peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari yang sama," kata kenyataan itu hari ini.

Seramai 517,139 orang calon menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara yang diadakan pada 11 hingga 13 September lalu.


 

UPSR bermula pada 11 Sept sehingga 13 Sept lalu, terdiri daripada 507,783 calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan sementara 9,345 calon sekolah swasta penghantar Bahasa Melayu dan 11 calon daripada sekolah swasta penghantar Bahasa Cina.


No comments:

Post a Comment