Tuesday, 20 November 2012

Masjid Negeri, Kuantan, Pahang.


 Photo: Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.
Ziarah Ke Masjid Negeri, Kuantan, Pahang.

Nama resmi masjid ini ialah Masjid Sultan Ahmad Shah 1, sempena nama Kebawah Duli Sultan Pahang pertama. 

Terletak di tengah-tengan Bandar Kuantan, ibu negeri Pahang. Masjid ini tersergam indah di Jalan Mahkota, dikelilingi oleh pusat perniagaan yang sibuk. 

Di sekitar masjid ini terdapat bangunan-bangunan kerajaan, bank-bank dan kedai-kedai.  Bersebelahan masjid ini pula terdapat sebuah padang bola yang luas.

Masjid ini adalah antara tempat tarikan pelancong ke Kuantan.  Rekabentuknya elegan dan senibinanya halus. Kubah utama di kelilingi oleh minaret-minaret.  Warna temanya ialah biru muda.

Terdapat kemudahan Pusat Internet, dewan persidangan, mesin urutan badan, perpustakaan, perbankan dan klinik kesihatan didalam premis masjid ini.


Latar Belakang


Masjid Negeri Sultan Ahmad I terletak di Bandar Kuantan. Masjid ini dirasmikan oleh Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada 21 Oktober 1994 Masihi.

Nama masjid ini diambil sempena nama pemerintah Pahang pertama, Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah yang ditabal sebagai raja selepas mengalahkan Bendahara Wan Mutahir lewat 1890.

Masjid Terbesar di Pahang
Masjid Sultan Ahmad Shah I ini merupakan masjid yang terbesar di negeri Pahang dan menjadi kebanggaan kepada rakyat negeri. Menara masjidnya berukuran setinggi 180 kaki dan menjadikan ia antara masjid yang terkenal.Masjid ini mampu memuatkan sekurang-kurangnya 8,000 orang.


Mengantuk dan berehat sebentar.

Bagaimana nak ke sini?

Saya tiba di masjid ini dengan memandu sendiri. Bagaimanapun kepada yang berminat hendak berkunjung kesini dengan kenderaan awam, anda boleh berjalan kami stesen bas Kuantan (Terminal Makmur), anda juga boleh menaiki teksi. Terdapat hotel-hotel berdekatan (Hotel Shahzan, Hotel Grand Continental, Hotel MS Garden) anda boleh saja berjalan kaki ke sini.

Dari Kuala Lumpur anda boleh menaiki Malaysia Airlines dari KL International Airport (KLIA). Anda boleh memandu menggunakan lebuhraya pantai timur (KL - Karak – Kuantan) yang mengambil masa 2.5 jam sahaja. Jarak KL – Kuantan ialah 250 km.

kawasan parking masjid. Dari kejauhan anda boleh melihat minaret masjid ini.

Ruang solat muslimin yang luas di penuhi karpet tebal berwarna hijau 
muda dan hiasan/ukiran  dinding yang ekslusif.


Padang bola di hadapan masjid. Kelihatan juga sebuah hotel.

No comments:

Post a Comment