Thursday, 15 November 2012

Tersenyumlah Untukku...



Tersenyumlah....Kerana tersenyum merupakan pernyataan perasaan yang universal. 

Tersenyum..walaupun tanpa kata-kata akan dapat mengungkap seribu makna. Senyum juga merupakan penghias wajah dan peribadi yang menambah sempurna.


Ketahuilah setiap kali tersenyum kita hanya menggerakkan 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot. Subhanallah..


Sabda Nabi yang bermaksud "Senyuman itu sedekah". Alangkakah mudahnya menuai ganjaran pahala dari Allah.


Bak kata lagu, Senyuman itu berjangkit..."Kalau saya senyum, awak mesti senyum sekali". Bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit....


Senyuman yang tulus ikhlas akan dapat meruntuk hati nurani...Permusuhan menjadi persahabatan. Amarah dan duka menjadi riang ceria.


.

SENYUMLAH....

No comments:

Post a Comment