Google+ Followers

Tuesday, 13 November 2012

Kita Semua Adalah Pemimpin



Daripada Ibnu Umar R.huma daripada Nabi SAW sabdanya, “Kamu semua adalah pemimpin dan setiap kamu kelak akan ditanya tentang kepimpinan, ketua adalah pemimpin, kaum lelaki pemimpin kepada ahli keluarganya, kaum wanita adalah pemimpin dan penjaga rumahtangga suami dan anaknya, oleh itu setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya”.



Huraian Hadith: 
  1. Setiap manusia diberi tanggungjawab mengikut kedudukan masing-masing.
  2. Semua tanggungjawab yang diamanahkan akan ditanya oleh Allah diakhirat kelak.
  3. Islam mengajar umatnya supaya benar-benar beramanah dengan tanggungjawab mengikut lunas-lunas yang diharuskan.
  4. Suami dan isteri adalah rakan kongsi dalam kehidupan rumahtangga, setiap daripada kedua-duanya wajib melaksanakan hak terhadap yang lain.