Friday, 16 November 2012

GURU AGAMA PERTAMAKU...


Ketika berehat petang sambil melihat-lihat posting terkini di fb, saya terlihat gambar sesosok tokoh yang jasa dan pengorbanannya terhadap saya amat besar terutama dibidang pendidikan. 

Beliau ialah guru agama pertama saya Ustaz HAJI TAMBY AHMAD HASSAN  guru di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Chinta Mata, Tenom, Sabah semasa saya bersekolah di sana pada tahun 1971-1975.

Gambar beliau dimuat naik oleh rakan sekampung saya abang Jasnie Joe Ismail bersempena Ustaz Hj Tambi menerima ANUGERAH TOKOH MA'AL HIJRAH 1434/ 2012 MASEHI.

Ustaz Hj Tambi berasal dari Tengkera, Melaka dan mula berkhidmat di SRK Chinta Mata dari awal tahun 1970an hingga bersara dan menetap di kampung saya. Beliau berkahwin dengan saudara baru anak tempatan bernama Cikgu Maslina, juga guru saya.


Banyak kenangan manis yang saya ingat ketika belajar dari Ustaz tersebut. Setelah saya sendiri akhirnya menjadi guru, sempat juga saya berziarah beberapa kali bilamana saya pulang ke kampung halaman. Kebetulan beliau kini tinggal berjiran dengan adik beradik saya di Cinta Mata.

Tempoh yang singkat bersama ustaz di SRK Chinta Mata menyukarkan saya bercerita panjang. Apa yang penting, saya dan kawan-kawan senang hati dengan peribadinya, cara dan gaya ustaz mendidik kami amat terkesan dihati saya hingga kini.

Jasa beliau mendidik saya tidak ternilai harganya. Kenangan manis belajar dengan ustaz tidak mungkin dapat dilupakan. Semoga Ustaz terus berjaya dalam hidup dan Allah sentiasa mengampuni dan merahmati ustaz..


BARISAN AJK MAAL HIJRAH 1434H/2012M DAN PENERIMA ANUGERAH TOKOH MAAL HIJRAH DI DEWAN OISCA-KPD TENOM PADA 1 MUHARRAM 1434/15 NOVEMBER 2012















1 comment:

  1. Alhamdulillah.....bila balik kg. ...nak ziarah ustaz lagi....mudah2 an kita semua dizinkan Allah berkumpul lagi.... Rindunya nak berada di Negeri Di Bawah Bayu :" <3

    ReplyDelete